Laman Web PAS Maran versi 2 dilancar

Hari ini 4/2/2010 webmaster PAS Maran saudara Ikhwan Nasir telah melancarkan laman web PAS Maran versi ke 2 setelah beroperasi dalam versi pertama sejak Julai tahun lalu. Menurutntya versi kali ini kerangkanya lebih ringkas dan cepat untuk dilayari tanpa gangguan dan sebagainya insyallah.

Matlamat utama laman web ini adalah untuk berkongsi info-info terkini PAS Kawasan Maran serta mengenengahkan isu-isu setempat khasnya dan berita umum-umum yang lain. Bagi sesiapa yang mempunyai maklumat mengenai isu-isu setempat yang berkaitan di bawah parlimen Maran harap dapat berkongsi info untuk disiarkan di laman web ini, emailkan sebarang maklumat ke webmaster@pasmaran.org untuk diteliti oleh pihak kami sebelum dipaparkan. Bolehlah melayari laman web tersebut di link ini http://www.pasmaran.org
Baca Selanjutnya

Wahai Penternak-Penternak Di Felda Kg Awah


HAYATILAH ADAB-ADAB MEMELIHARA BINATANG TERNAKAN

1. Tidak boleh dilepaskan bebas tanpa kawalan hingga menceroboh masuk ke tanah milik orang lain, merosakkan tanaman atau berkeliaran di jalan raya sehingga boleh membahayakan orang lain.

2. Binatang yang diternak atau dipelihara tidak boleh dizalimi. Contohnya meletakkan ikan di dalam bekas yang kecil lagi sempit dan tidak diberikan airnya.

3. Binatang ternakan hendaklah tidak menganggu ketenteraman jiran tetangga seperti mendatangkan bunyi bising, bau busuk, atau mencemarkan persekitaran dengan sisa makanan dan najis.

4. Binatang ternakan hendaklah diberi makanan atau dibiarkan ia mencari makanan dengan sendiri. Penternak tidak boleh mengurung binatang tanpa diberi makanan.

Hadis Rasulullah saw: "dIAZAB SEORANG PEREMPUAN KERANA SEEKOR KUCING YANG DIKURUNGNYA SEHINGGA MATI, MAKA DIA MASUK NERAKA KERANANYA. PEREMPUAN ITU TIDAK MEMBERI MAKANAN DAN MINUMAN BAHKAN DIA TIDAK MAHU MEMBERIKAN KUCING ITU MEMAKAN SERANGGA2 TANAH. (Riawayat Bukhari & Muslim)

{sama2lah kita bertanggungjawab terhadap bibatang peliharaan kita. Kat mana2pun kita boleh lihat lembu, kerbau, ayam, kambing & macam2 binatang peliharaan dibiarkan berkeliaran di dalam tanah orang, di tengah2 jalan, dan memakan tanaman orang lain. Semua ini akan memberi dosa dan mendatangkan kemurkaan Allah di dunia dan akhirat.

Sesetengah ustaz yang membaca beberapa kitab berkata, lembu yang memakan ternakan orang tanpa kebenaran, hukumnya haram, dagingnya haram dan tidak sah untuk dikorbankan atau diakikahkannya.

Oleh itu, takutlah dengan amaran Allah bahawa jika ibadah sebesar zarah akan dibalas, kalau dosa sebesar zarah juga akan diazab.

Sama2lh kita bermuhasabah.}
Baca Selanjutnya

Majlis Solat Hajat bersama Ramlang Porigi

TEMERLOH: Satu majlis Solat Hajat sempena perbicaraan pendakwaan fitnah terhadap Dato' Seri Anwar Ibrahim, akan diadakan seperti berikut:

Tarikh:1 haribulan Februari 2009 (Isnin)
Masa: Selepas Solat Maghrib
Tempat: Surau Kampung Paya Kechik, Temerloh

Majlis Solat Hajat ini akan dipimpin oleh Ustaz Ramlang Porigi (bekas Imam Masjid yang menyaksikan sumpah palsu).

*Semua Muslimin dan Muslimat dijemput beramai-ramai untuk bersama menyertai solat hajat ini. Selepas Isyak akan diadakan majlis penerangan mengenai kes Dato' Seri Anwar Ibrahim oleh :

1. YH Dato' Fauzi Abd Rahman
2. YB Tuan Syed Hamid (ADUN Semantan)
3. Tuan Haji Suhaimi Said
4. Sdr. Abdullah Karim
5. Sdr.Ahmad Nizam Hamid
6. Ustaz Johari Ishak (Ketua Dewan Pemuda PAS Temerloh)
7. Ustaz Ramlang Porigi.
Baca Selanjutnya

Harga getah naik, tidur malam di kebun


TEMERLOH: Kenaikan harga getah sekarang bukan sahaja menimbulkan kegembiraan kepada penduduk kampong yang bergantung sumber rezeki kepadanya, malahan timbul pula rasa takut.

Semua ini gara-gara berleluasanya kejadian mencuri getah di kebun sekarang sejak harga getah dikatakan meningkat pada masa ini.

Akibatnya sejak dua bulan lalu, timbul pula budaya baru di kalangan penduduk kampung yang bergantung pendapatan dengan hasil menoreh getah iaitu terpaksa membina pondok dan tidur dalam kebun bagi mengelakkan getah mereka dicuri.

Menurut penduduk, senario baru ini sudah menjadi rutin di kalangan penduduk setempat, malah ada yang bergilir-gilir bersama rakan dan ahli keluarga menunggu di kebun getah sebaik ditoreh pada sebelah pagi.

Seorang penoreh Ismail Othman, 55, dari Kampung Paya Pulai berkata, sejak dua bulan lalu, harga getah melambung hingga mencecah RM4.80 sekilogram.

Menurutnya, bagi yang mempunyai kebun getah berkeluasan dua hektar mampu meraih pendapatan RM400 hingga RM500 seminggu, malah ada yang lebih.

“Dalam keadaan harga getah mahal, kes curi getah berlaku di mana-mana. Di kawasan ini pun kerap berlaku curi getah, kami terpaksa menunggu dan membuat pondok.

“Sejak kami melakukan rondaan, kes kecurian ini semakin berkurang,”

“Tapi kami sentiasa berjaga-jaga kerana dalam seminggu sekurang-kurangnya ada satu kes,” katanya ketika ditemui di sini, semalam.

Ismail berkata, dia mula menoreh bermula jam 7 pagi hingga 11 pagi setiap hari sebelum berehat di pondok dan meninjau kebun pada sebelah petang.

Katanya, pada sebelah malam, dia terpaksa meronda bersama rakan dan sekurang-kurangnya dua kali seminggu bermalam di kebun getah.

Sementara itu, rakannya pemilik kebun bersebelahan Nawawi Kassim, 64, berkata, dia tidak bermalam di kebun getah sebaliknya kerap meronda bagi menjaga hasil daripada dicuri.

“Kadang-kadang kasihan juga melihat penduduk kampung yang penat menoreh dua tiga hari tiba masa untuk menjual getah tiada.

“Perkara ini sudah biasa bagi penduduk kampung, saya berulang alik dari Kampung Buntut Pulau bagi memastikan getah tidak hilang,” katanya.

Nawawi berkata, dia mendapat tahu harga getah akan naik di pasaran, sepatutnya penoreh gembira tetapi perlu berjaga-jaga kerana pencuri pun akan berleluasa.
Baca Selanjutnya

Khalid digantung jawatan 6 bulan, Hassan Ali diberi amaran


KUALA LUMPUR, 29 Jan: Jawatankuasa disiplin PAS memutuskan Ahli Parlimen Shah Alam, Khalid Samad digantung enam bulan dari jawatan dalam Parti manakala Pesuruhjaya PAS Selangor Datuk Dr Hasan Ali diberi amaran bertulis berkuat kuasa hari ini.

Kedua dua mereka didapati bersalah di bawah fasal 75 Perlembagaan PAS.

Khalid digantung daripada menjadi Yang Dipertua Shah Alam dan Ahli Lajnah Politik PAS Pusat.

Keputusan itu diumumkan Pengerusi Jawatankuasa Disiplin, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man pada sidang media selepas mesyuarat petang ini.

Menurut Tuan Ibrahim, Khalid didapati bersalah kerana mendedahkan maklumat sulit parti dan mengkritik pesuruhjaya PAS Selangor Datuk Dr Hasan Ali.

Manakala Hasan pula didapati bersalah mengkritik prosedur tatacara pendengaran Selcat dan pelantikan pengurus besar PKNS, Liow Siew Moi.

"Jawatankuasa disiplin telah membuat keputusan penghakiman pada petang ini setelah mengikuti prosedur siasatan.

"Kedua-duanya didapati bersalah di bawah fasal 75 Perlembagaan PAS Pusat," katanya.

Ekoran hukuman itu, kedua-duanya dilarang mengeluarkan sebarang kenyataan yang boleh menjejaskan PAS dan Pakatan Rakyat.

Bagaimanapun kedua-duanya boleh membuat rayuan kepada ahli jawatankuasa kerja PAS Pusat dalam masa 30 hari bermula hari ini.

Turut hadir dalam sidang media itu dua lagi ahli jawatankuasa Datuk Wan Abdul Muttalib Embong dan Mohd Baqi Osman.

Muttalib pula berkata, hukuman bagi kesalahan di bawah fasal 75 perlembagaan terbahagi kepada empat iaitu memberi amaran, melucutkan mana-mana hak dalam parti, menggantung keahlian dan dipecat daripada menjadi ahli parti.

"Kedua-duanya didapti bersalah jadi kalau lepas ini mereka buat juga,jawatankuasa disiplin boleh panggil balik dan kita boleh hukum mereka di bawah mana-mana hukuman yang ada pada kita,"katanya.

Khalid bagaimanapun hanya menghantar wakilnya pada pertemuan petang tadi kerana beliau berada di luar negara.

Tuan Ibrahim dalam pada itu berharap agar keputusan yang dibuat itu menjadi satu panduan dan iktibar kepada pimpinan parti yang lain.

"Kita harap keputusan hari ini dapat menjadi panduan dan iktibar kepada pendokong parti bukan sahaja dalam konteks PAS tapi juag dalam konteks Pakatan Rakyat,"katanya.

Sementara itu, bercakap dalam sidang media yang berlainan, Hasan berkata beliau menerima keptusan itu dengan hati yang terbuka dan menganggap ianya sebagai satu proses pendidikan kepada dirinya.

"Dalam pertemuan selama setengah jam tadi, saya sudah menerima hukuman daripada lembaga disiplin parti dan saya diberi amaran.

"Saya terima dengan hati yang terbuka dan anggap apa yang berlaku ini sebagai proses pendidikan bagi diri saya,"katanya.

--------------------------------

Lihat video keputusan Jawatankuasa Disiplin

Hassan Ali akur keputusan Jawatankuasa Disiplin

Baca Selanjutnya

KEMBALIKAN ROYALTI KEPADA RAKYAT KELANTAN!! - TENGKU RAZALEIGH

KOTA BHARU, 28 Jan: Kelantan ada hak untuk mendapat royalti minyak sebanyak RM2 bilion dan akan menjadi negeri yang terkaya, kata bekas Pengerusi Petronas, Tengku Razaleigh Hamzah.

Beliau yang juga Ahli Parlimen Gua Musang mempersoalkan mengapa Kelantan tidak mendapat royalti minyak sedangkan Sabah dan Sarawak memperolehinya.

Ucapannya yang berjaya menarik perhatian orang ramai yang memenuhi padang Stadium Sultan Mohamad IV itu berakhir kira-kira jam 10.50 malam.

Memorandum berhubung tuntutan royalti itu diedarkan kepada orang ramai untuk ditandatangani dan akan diserahkan kepada Pemangku Raja dan Perdana Menteri.

Sejak petang lagi, stadium penuh sesak dengan kehadiran puluhan ribu rakyat Kelantan untuk mengikuti penjelasan royalti minyak yang disampaikan oleh Ku Li.

Majlis bermula dengan solat Maghrib berjemaah yang diimamkan oleh Timbalan Menteri Besar Kelantan, Datuk Ahmad Yakob, diikuti solat Isyak yang diimamkan oleh Ustaz Mohamad Mustafa manakala solat hajat dipimpin oleh Menteri Besar, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat.

Orang ramai juga dihidangkan dengan tayang klip video oleh Gegar pada sesi pertama anjuran Urusetia Penerangan Negeri Kelantan.

Majlis bertambah meriah dengan perarakan beca memasuki stadium yang membawa Ku Li dan pemimpin pertubuhan bukan kerajaan (NGO).

harakahdaily.net
Baca Selanjutnya

TV3 Bohong, Buta Sejarah?

BULETIN TV3 1.30 petang 25 Januari lalu memaparkan sorotan sejarah mengenai peranan dan sumbangan Allahyarham Tun Ghazali Shafie melalui Suruhanjaya Cobbold dalam usaha merealisasikan Gagasan Malaysia pada 16 September 1963.

Ada maklumat yang kurang tepat digunakan dalam berita itu bagi menyampaikan fakta sejarah yang amat penting.

Antaranya maklumat ‘kemasukan North Borneo (Sabah) dan Sarawak ke dalam Malaysia’, sedangkan faktanya ialah ‘North Borneo (Sabah), Sarawak, Singapura dan Persekutuan Tanah Melayu bersama membentuk negara bernama Malaysia (Singapura keluar gagasan ini dua tahun kemudian).’

Malaysia tidak wujud sehingga 16 September 1963 dan ini adalah fakta. Maklumat tepat memberi kefahaman jelas kepada rakyat Malaysia berhubung perkara yang menjadi hak eksklusif kedua-dua negeri ini.

Sebagai contoh, hal berkaitan imigresen. Kita perlu mendidik masyarakat untuk mendalami, meneliti, memahami dan menghargai sejarah bagi mewujudkan komuniti yang saling menghormati dan memahami melalui maklumat tepat di media massa.

AWANG DUERAMAN,
WP Labuan.

Sumber
http://masdarwahid.blogspot.com/
Baca Selanjutnya

AMARAN UNTUK BLOGGER PAKATAN RAKYAT

Ini adalah terjemahan surat yang telah dikirim oleh seorang pembaca kepada Malaysia Today dan telah disiarkan oleh Malaysia Today..

Oleh Wan (Putrajaya)

MT Admin,

Saya mempunyai maklumat yang boleh dipercayai bahawa lawatan ke India baru-baru ini oleh Najib dan delegasi Kerajaan (UMNO / BN) ujuan utamanya adalah untuk merekrut secara kontrak profesional IT dan hacker dari India selama 3 tahun . Dianggarkan bahawa lebih daripada 200 orang akan direkrut dan dibayar RM300 juta setahun.

Tugas mereka hanyalah untuk mengancam, memintas dan melumpuhkan blog-blog yang menentang kerajaan.

Oleh kerana Media Perdana dikuasai dan dikawal kerajaan manakala Internet dan blog-blog terletak diluar kawalan atau tidak dapat dikawal oleh kerajaan, kali ini Najib dan UMNO/BN yang telah kehilangan arah akan berusaha habis-habisan untuk melemahkan blog-blog anti-kerajaan dengan bantuan profesional IT dan hacker dari India untuk menghantar virus dan trojan ke alamat IP individu melalui pembekal perkhidmatan Internet Celcom dan TMnet .

Najib, Hishamuddin dan Rais Yatim, bersama dengan beberapa Menteri Kabinet UMNO / BN telah mengadakan rundingan tertutup dengan CEO - CEO dari Telekom dan Celcom untuk membincangkan perkara ini sebelum Najib berangkat ke india.

Tujuan mereka ialah untuk mempengaruhi kata laluan masuk, akses penerbitan tempatan,sistem melambatkan sistem, bahkan hingga memusnahkan data- data di dalam hard disk jika ada yang mengakses blog anti kerajaan dan juga menghalang laman-laman blog daripada menyiarkan berita-berita yang buruk tentang kerajaan.

Perkara ini tidak akan melibatkan blog-blog pro kerajaan kerana pemintasan akan dilakukan berdasarkan alamat IP dan POP Proxy individu. Jadi, jika anda mengakses blog pro-kerajaan, anda tidak akan terjejas.

Najib dan UMNO / BN akan memastikan bahawa Rakyat Malaysia tidak akan dapat mengakses berita dari sebarang portal-portal dan juga blog-blog anti-kerajaan dan laman tersebut tidak akan dapat menyiarkan sebarang berita yang benar tentang salah laku rasuah mereka dan strategi untuk menggulingkan Prakatan Rakyat di Internet .

Rais Yatim, Muhyiddin dan Hishamuddin baru-baru ini telah menyentuh mengenai Blogs, Facebooks, dan Twitters yang dikatakan boleh menghancurkan budaya kita.

Selain itu mereka juga merancang untuk membenarkan polis dan tentera untuk membuat permohonan bagi memiliki Mykad , sudah pasti tujuannya ialah bukan kerana subsidi petrol dan kegunaan lain tetapi sebagai pengundi UMNO/BN dalam pilihanraya yang akan datang.

Isu Kalimah Allah baru-baru ini juga dirancangkan oleh Najib dan UMNO untuk memperolehi lebih banyak sokongan Melayu.

Ini menjelaskan bahawa Najib dan UMNO akan mencuba segala cara untuk kekal berkuasa untuk terus merompak kekayaan Negara untuk jangkamasa yang lebih lama.

Khutbah-khutbah jumaat dan juga ceramah Ugama telah diarahkan agar menekankan tentang isu Kafir untuk tahun 2010 dan 2011 juga bertujuan untuk mendapatkan kembali sokongan masyarakat Melayu Islam terhadap UMNO.

Membeli ahli politik ,wakil-wakil rakyat dan pengundi dari Pakatan Rakyat juga merupakan sebahagian daripada rancangan mereka untuk melemahkan Pakatan Rakyat sehingga mereka boleh tetap berkuasa.

Mereka juga mempunyai rancangan untuk meningkatkan pendapatan dan elaun semua kerabat diraja secara diam-diam, untuk mendapatkan sokongan mereka untuk tetap berkuasa.

Sumber
http://masdarwahid.blogspot.com/
Baca Selanjutnya

Yahudi Dominan di TV3, antara kebetulan atau rancangan Jahat

Selepas anda gembira dan puas menonton Anugerah Juara Lagu ke 24, mengenai apa yang ada pada malam AJL 24 dengan tema Origami tersebut? Saya tidak mahu berkata mengenai dosa atau tidak diadakan program seperti itu kerana saya tahu anda lebih arif mengenainya. Apa yang membuatkan jari jemari saya menekan papan kekunci di laptop ini adalah untuk memberitahu dan berkongsi dengan anda illuminati sial ini memang sudah lama wujud di tanah air kita. Cuma sejak-sejak kebelakangan ini, mereka seolah sengaja menampakkan wajah mereka yang ditutupi ‘kain hitam’ itu.

Cadangan: Adalah lebih baik kalau anda boleh tonton kembali AJL 24 di website www.tv3.com.my selepas anda baca apa yang saya dapati dari siaran tv tersebut.

1) Pertama sekali, sila perhatikan gambar dibawah ini;





Apa persamaan dengan scene yang disnapshot ini?


Adakah ini satu kebetulan?

2) Yang kedua, anda juga mungkin dapat lihat apa persamaan penari-penari ini dengan salah satu dari kerabat-kerabat firaun yang dipercayai oleh mereka mempunyai suatu yang berkuasa?






Mungkin anda tidak hairan kerana sudah terlalu banyak kostum ala-ala bangsawan firaun selalu dipakai dalam acara-acara sebegini. Tapi, mengapa ingin dipertontonkan sangat si firaun yang telah dilaknat ini? Untuk mengetahui jawapannya, anda perlu buka fikiran anda dan fikirkan tentangnya..

3) Yang ketiga, Alyah yang merupakan finalis AJL 24 mengenakan gaun merah ala-ala lady in red.


Ingatkah anda lady in red? Mungkin ada diantara kita yang kurang tahu. Jom kita saksikan video di youtube apa itu lady in red.
Jadi apa yang dipakai oleh Alyah? Mungkin ada di antara kita kurang senang dengan persamaan ini, terpulang kepada anda. Bagi saya ini merupakan satu rancangan tertutup dan saya juga percaya yang di atas pentas itu juga tidak tahu menahu mengenai semua ini. Kebetulan? saya kata tidak.

Jom kita lihat apa yang seterusnya. Anda mungkin ada yang sudah tahu mengenai the Master Carpet, turut dikenali sebagai Checkered Floor, tetapi bagi yang belum tahu, sila ambil tahu. Ini adalah gambaran jelas mengenainya.


Adakah ia juga ada di AJL 24? Ya, memang ada.





* ketika persembahan Jeffry din
Kenapa dihamparkan juga? Ini juga terdapat di tali pengikat gitar yang dipakai oleh Bunkface dan beberapa orang guitarist yang lain. Cuba lihat gambar di atas.
Dan apa pula ini?

Apa persamaannya?

Ini adalah merupakan logo salah sebuah kumpulan nyanyian di Malaysia. Anda dan saya mungkin sudah sebati dengan nama Search. Terlalu ketara persamaannya. Saya tidak perlu menulis panjang kerana anda telah berfikir dan terfikir apa yang saya akan tulis.

Lihat ditangga turun naik di atas pentas ini. Terdapat susunan cahaya berbentuk piramid. Lihat snapshot di bawah


Pembaca sekelian, selalu dikatakan, ini hanya merupakan satu kebetulan sahaja. Tapi benarkah ia sebagai satu kebetulan? Kalau anda teruskan pandangan anda seperti itu, anda mungkin salah seorang mangsa makhluk perosak yahudi. Saya percaya bahawa apa-apa yang terjadi hari ini, bukan lagi kebetulan bahkan ia diatur sebaik mungkin. Untuk apa? bagi memperlihatkan kepada anda bahawa ia suatu kebetulan. Bebaskan minda anda.

http://idhamlim.blogspot.com/2010/01/anugerah-juara-lagu-24.html

Baca Selanjutnya

Felda tindas Peneroka

Cerita Felda menindas peneroka tidak pernah berakhir, terbaru, seorang Peneroka Felda Kota Gelanggi 1, Jerantut, Idris Ali yang saya kenali sejak lebih dari 20 tahun, telah menemui saya dan memaparkan masalahnya.

Beliau merupakan pendokong UMNO dan Felda dan justeru itu kami tidak teragak-agak untuk menyerahkan ladang kami kepada Felda untuk ditanam semula apabila mendapat penerangan daripada Felda bahawa Felda akan menjaga kepentingan peneroka-peneroka yang menanam semula melalui Felda.

Semasa proses tanam semula pada tahun 2001 beliau telah menyerahkan ladangnya kepada Felda untuk dan pada waktu itu mempunyai RM25,000.00 wang yang terkumpul dan pinjam dari Felda RM10,000.00 untuk tanam semula yang diserahkan kepada Felda.

“Semasa kerja-kerja tanam semula itu dijalankan oleh Felda saya diberikan elaun sara hidup permulaannya RM280.00 sebulan, kemudian dinaikkan kepada RM700.00 sebulan, kemudian dinaikkan lagi kepada RM1500.00 sebulan dan akhirnya RM2100.00 sebulan."

“Daripada 2001 hingga Mei 2009, saya tidak membantah atau membangkang walaupun jiran-jiran saya yang menanam secara bersendirian memperolehi pendapatan hingga 2 atau 3 kali ganda dari saya tanpa menanggung hutang. Tetapi pada bulan Mei 2009 telah diadakan mesyuarat antara peneroka dan felda, dan didalam mesyuarat itu saya diberitahu bahawa hutang saya dengan felda telah menjangkau kepada RM86,000.00”.

Menurut Idris beliau tidak faham kenapa hutang saya naik hingga RM86,000.00 sedangkan peneroka-peneroka yang tanam sendiri memperolehi lebih dari RM360,000.00 dalam tempoh 2007-2009 dan mereka tidak menanggung sebarang hutang.

Tambahnya lagi, sepatutnya dengan perkiraan pendapatan sebenar saya tidak lagi menanggung sebarang hutang kerana elaun sara hidup yang diberikan bermula RM280, RM700, RM1500, RM2100 adalah terlalu kecil jika dibandingkan dengan hasil yang dikeluarkan dari ladangnya.

“Jika saya bandingkan pendapatan saya melalui sara hidup yang diberikan oleh Felda yang hanya RM2100.00 dengan pendapatan yang sebenarnya yang saya boleh dapat sebanyak RM5000 hingga RM7000 sebulan, lebihan itu adalah besar sewajarnya hutang saya kepada Felda sudah selesai dan jika tidak selesai pun, sudah sangat berkurangan”.

“Pada bulan Disember 2009 hutang saya dengan Felda sudah naik kepada RM96,000.00 dan dibulan Februari ini mungkin sudah melebihi RM100,000.00. Oleh kerana Felda secara melampau mengenakan hutang kepada saya dan rakan-rakan saya selaku peneroka, hutang yang tidak munasabah, sedangkan rakan-rakan yang menanam sendiri bukan saja berpendapatan lumayan hingga RM7000.00 sebulan tetapi mereka juga tidak berhutang satu sen pun dengan Felda, saya dan rakan-rakan saya mengambil keputusan untuk melepaskan diri kami dari Felda dan mengendalikan ladang-ladang kami secara bersendirian”.

“Pada bulan Disember, saya berpendapatan RM7000.00 dan pada bulan Januari 2010 ini saya berpendapatan menghampiri RM7000.00 juga, jadi dimanakah wang kami selama ini, kenapa hutang-hutang kami naik hingga RM100,000.00, siapakah makan wang kami, dan kenapa hutang kami tidak berkurangan?”, soalnya.

Kini Idris dan 200 lagi peneroka-peneroka lain di Felda Kota Gelanggi 1 bertekad untuk tidak lagi menyerahkan ladang kami kepada Felda, kami telah ditipu oleh Felda. Saya datang menemui Tuan Haji pagi ini mewakili diri saya dan peneroka-peneroka Felda Kota Gelanggi 1 yang majoritinya pada hari ini menolak pengendalian ladang kami oleh Felda, dan kami memohon supaya tindakan undang-undang dilakukan kerana kami yakin pendapatan kami telah diseleweng oleh Felda.

Justeru itu peneroka-peneroka Felda Kota Gelanggi 1, akan bwerkumpul pada 29 Januari ini bagi meluahkan rintihan mereka, selanjutnya mengkaji kes ini untuk ke mahkamah.

Written by SUHAIMI SAID
Baca Selanjutnya

Apabila dua “samseng” bertemu sepentas

TEMERLOH: Presiden Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (Perkasa) Datuk Paduka Ibrahim Ali dan Menteri Besar, Datuk Seri Adnan Yaakub bertemu di Dewan Tun Razak di sini, semalam. (Ahad) sempena perasmian Perkasa peringkat negeri Pahang.

Perkasa ialah sebuah pertubuhan perkauman Melayu yang diasaskan oleh Ibrahim untuk merealisasikan cita-cita Umno.
Baca Selanjutnya

Bagi peluang Bumiputera majukan Bandar Jengka


Bandar Jengka adalah suatu bandar hasil peninggalan usaha Lembaga Kemajuan Wilayah Jengka ( LKWJ ). Setelah lebih 9 tahun LKWJ dibubarkan dan suasana Bandar Jengka juga turut berubah. Walau prestasi perkembangan memajukannya agak perlahan. Dan mungkin ada yang mengelar Bandar Jengka sebagai ‘bandar kunta kintae’.

Namun rata-rata penduduk Bandar Jengka ingin melihat bandar ini terus dibangunkan oleh Bumiputera. Selama ini Bumiputera sendiri tidak yakin malah menuding jari kepada sesama mereka dalam isu membangunkan sebuah Bandar.

Apa yang masyarakat Jengka harapkan ialah bantuan serta kerjasama daripada agensi kerajaan juga swasta memajukan Bandar Jengka. Ini bermakna sesiapa jua yang mengambil bahagian dalam membangunkan bandar ini maka utamakanlah atau berilah peluang Bumiputera disetiap bahagian yang ada.

Bangsa lain sepatutnya tidak cemburu, kerana mereka memang mampu melaksanakannya. Dan ini memang terbukti di beberapa Bandar seluruh Negara.

Jika ada pihak memainkan isu kaum cina tidak boleh menjalankan perniagaan di Bandar Jengka, sebenarnya mereka ini bermain wayang. Ini adalah kerana merekalah yang sebenarnya menciptakan isu ini dan konon-kononnya merekalah bersama rakyat agar rakyat menganggap mereka adalah juara rakyat.

Oleh itu pembangunan serta pengisian pembangunan Bandar Jengka biarlah dikembali kepada asalnya seperti yang dirancang oleh LKWJ dan jika ada pihak yang cuba menjadikannya pentas tarian juara rakyat dan membuat suatu percaturan tertentu serta menggunakan 'peluang' tertentu maka mari kita sama-sama berdoa agar perancangan mereka menemui kegagalan.
Baca Selanjutnya

Konvensyen ICT PAS Pahang di Balok


Balok, Kuantan - Pada 23 Januari yang lalu Jabatan ICT PAS Negeri Pahang telah menganjurkan Konvensyen ICT Negeri di Dewan Putra Balok. Program dirasmikan oleh naib Presiden PAS Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man yang juga merangkap Pesuruhjaya PAS Pahang.

Program ini dihadiri hampir seratus orang yang mewakili setiap parlimen di seluruh negeri Pahang, Konvensyen diadakan adalah untuk menggerakkan jentera ICT di semua peringkat untuk menghadapi PRU ke 13 yang dijangkakan akan berlaku dalam jangka masa setahun atau 2 tahun lagi. Kertas-kertas kerja dibentang oleh Jabatan ICT PAS Pusat antaranya mengenai perkembanagan pesat teknologi digital semasa dan ke arah mengaplikasikan teknologi-teknologi tersebut dalam menjana kemenangan dalam PRU ke 13 nanti.

Saudara Roslan Jaafar dan M.K. Ikhwan mewakili PAS Felda Kg Awah dan DUN Chenor ke Konvesyen tersebut.

Sekitar Konvesyen




Baca Selanjutnya

Al-fatihah buat Allahyarham Ketua Pemuda PAS Cawangan Bukit Kening Chenor

Chenor: Al-Fatihah dan doa dipanjatkan kepada Mohd Khalil bin Khanurdin yang hilang semasa menjaring ikan di Sungai Pahang berhadapan Masjid Batu Bor, Bera Pahang yang merupakan Ketua Pemuda Pas Cawangan Bukit Kening, Chenor, Pahang.

Menurut kenyataan ayah beliau, Mangsa menjaring bersama dengannya dan beberapa orang lagi di pinggir pasir sungai. Dalam keadaan asyik menarik jaring, mangsa tiba2 hilang dan disyaki jatuh ke dalam sungai.

Gerakan mencari pada jam 3.40ptg oleh pemuda2 sekitar sementara menunggu bantuan daripada JPA3, Bomba, Polis & Rela yang datang selepas itu.

Ketua Pas Cawangan Bukit Kening iaitu Shamsuri telah melancarkan Tabung Bantuan untuk menampung kos mencari mangsa dan makan & minum petugas. Selain itu, Timbalan Ketua telah mengetuai solat hajat & munajjab kepada Allah.

Saudara Zulkifli pula ditugaskan untuk mengetuai operasi mencari di sekitar mangsa hilang.

Semoga Allah menyelamatkan mangsa di dunia dan di akhirat.

Shamsuri
Ketua Caw. Pas Bukit Kening
Baca Selanjutnya

Semangat peneroka, Felda diarah bayar RM12 juta


Warga peneroka Felda di seluruh negara, khususnya yang merasa tertindas selama ini, terus mendapat semangat apabila 354 peneroka dari Felda Kemahang 3, Kelantan, bakal menerima RM12 juta daripada agensi itu.

Ia berikutan keputusan Mahkamah Persekutuan pada Selasa yang enggan membenarkan Felda untuk merayu dan mengarahkannya supaya membayar dengan jumlah itu kerana menipu peneroka sejak 1995.

Pengurus tanah rancangan tersebut yang telahpun meninggalkan dunia, telah menipu peneroka tersebut berhubung gred buah kelapa sawit mereka.

Panel tiga orang hakim yang diketuai oleh Tun Zaki Azmi, sebulat suara enggan membenarkan Felda membuat rayuan.

Ekoran keputusan itu, 354 peneroka tersebut masing-masing dijangka mendapat antara RM25,000 dan RM30,000.

Mereka diwakili oleh sepasukan peguam yang diketuai oleh Wan Rohimi Wan Daud dan Yusfarizal Yusoff.

Menurut fakta kes, peneroka Felda Kemahang 3 di Tanah Merah, Kelantan mengemukakan saman itu terhadap Felda pada 2002 dengan setiap seorang menuntut antara RM20,000 hingga RM30,000 sebagai ganti rugi umum selepas mendakwa agensi itu telah menurunkan mutu buah kelapa sawit mereka dari 1996 hingga 2002 mengakibatkan mereka rugi.

Mereka menamakan Felda sebagai defendan pertama, Pengurus Rancangan Felda Kemahang 3, Tanah Merah, Ibrahim Ismail defendan kedua (Ibrahim telah meninggal dunia) dan Felda Palm Industries Sdn Bhd selaku defendan ketiga.

Di dalam writ saman itu, mereka mendakwa berlaku penipuan dalam urusan jual beli hasil atau buah sawit yang dijual. Semasa prosiding hari ini kira-kira 200 peneroka hadir dan memenuhi perkarangan mahkamah Istana Keadilan.
Baca Selanjutnya

PASTI Felda Kg Awah Semakin menjadi pilihan

Pusat Asuhan Tunas Islam atau nama ringkasnya PASTI adalah sebuah badan pendidikan awal Islam kanak-kanak yang bernaung dibawah Dewan Pemuda PAS Pusat. Di kawasan Maran sahaja terdapat lebih kurang 7 cawangan PASTI tidak terkecuali di Felda Kg Awah ini, untuk tahun seterusnya di tahun 2010 ini PASTI cawangan Felda Kg Awah ini semakin mendapat tempat di kalangan ibubapa-ibubapa di Felda Kg Awah ini untuk menghantar anak-anak mereka mendapat didikan awal Islam.

PASTI Felda Kg Awah telah ditubuhkan pada tahun 2004 dan kini telah 6 tahun beroperasi, bagi tahun 2009 mendapati PASTI mencatatkan murid paling ramai sejak tertubuhnya ia di Felda Kg Awah iaitu seramai hampir 40 orang, ini merupakan pencapaian terbaik memandangkan tahun-tahun sebelum ini murid-murid hanya sekitar belasan orang sahaja. Bagi tahun 2010 ini pula seramai 35 orang murid baru berdaftar dan jumlah ini akan bertambah dari masa ke semasa biasanya akan ada lagi ibubapa yang akan menghantar anak-anak mereka di awal tahun ini.

Menurut setiausaha PASTI Asy-Syakireen Saudara Mohd Khairul Ikhwan, masyarakat sekarang semakin terbuka dalam menentukan masa depan anak-anak mereka tanpa mengira fahaman politik dan sebagainya, ini merupakan jalan terbaik untuk merapatkan masyarakat bersama PAS melalui PASTI. Bagaimanapun harapan kami di PASTI Felda Kg Awah ini dapat memberi khidmat terbaik kepada masyarakat di Felda kg Awah ini kerana PASTI kini sudah menjadi pilihan utama bukan lagi alternatif bagi wadah pendidikan anak-anak mereka. Kami di pihak PASTI harap terus mendapat sokongan daripada semua dalam membentuk generasi masa hadapan yang bertaqwa.
Baca Selanjutnya

36,000 Ahli UMNO Di Kesan Belum Daftar Sebagai Pengundi, Soalnya Kini Benarkah Mereka Itu Semua Masih Sokong Parti Karat Itu !


TEMERLOH, 18 Jan [8.25 pm] - Kenyataan yang dibuat oleh Timbalan Pengerusi Perhubungan UMNO Pahang, Datuk Mohd. Sharkar Shamsuddin bahawa seramai36,000 ahli UMNO yang layak mengundi di negeri ini dikesan masih belum mendaftar denganSuruhanjaya Pilihan Raya (SPR) sebagai pemilih sebenarnya tidaklah menggemparkan. Biarpun fenomena itu dianggap serius oleh beliau dan ia boleh memberi kesan kepada Barisan Nasional (BN) dan UMNO pada pilihan raya akan datang. Sebenarnya, Sharkar tidak perlu untuk merasa bimbang dengan senario ini, kerana mereka yang berjumlah 36,000 itu adalah ahli-ahli UMNO yang sudah"murtad" dan memang telah meninggalkan UMNO sebenarnya. Malah, mereka dipercayai telah berbondong-bondong menyertai Pakatan Rakyat terutamanya PKR atau PAS. Perkara itu mungkin tidak disedari oleh puak-puak UMNO Pahang kerana mereka menyerahkan bulat-bulat kepada pemimpin bawahan untuk membuat tindakan bagi pihak mereka. Hasilnya, ramai ahli-ahli UMNO yang sudah lama "keluar parti" masih didaftarkan aktif dalam UMNO. Antara mereka ramai yang sudah bergiat cergas dalam Pakatan Rakyat terutamanya menjadi pemimpin. UMNO negeri tidak peka dalam hal ini, kerana mereka asyik sibuk memikirkan projek pembangunan yang diwar-warkan selama ini. Sebenarnya projek itu hanyalah syarat untuk mereka mengaut untung daripada komisyen yang ditawarkan oleh kontraktor-kontraktor. Ramai dikalangan ahli UMNO yang sudah lama keluar dari parti itu masih tersenarai sebagai ahli UMNO yang sah. Malah, lebih aneh lagi ada pula pihak-pihak tyertentu yang membayar yuran keahlian mereka setiap tahun. Ini membuktikan bahawa UMNO sebenarnya sudah tidak mempunyai ramai ahli dan penyokong lagi. Majoriti dikalangan mereka sudah muak dan menganggap parti itu kini tidak relevan lagi.

Pemimpin yang ada dalam UMNO sekarang lebih pandai berkata-kata untuk kuasa mereka. Sebaliknya mereka banyak berdusta dalam tindakan itu sendiri. Ini banyak dibuktikan oleh rakyat yang sudah terkena badi pemimpin terbabit. Oleh itu Sharkar tidak perlu risau dengan jumlah 36,000 ahli UMNO yang belum berdaftar sebagai pengundi itu sebenarnya. REamai lagi ahli UMNO yang sudah berdaftar itu sendiri pun kini tidak lagi mahu memangkah BN dalam pilihanraya umum akan datang. Mereka kini menganggap UMNO pada bila-bila masa sahaja akan dikhuburkan oleh rakyat. Bila riwayat UMNO tamat, maka mereka yang masih berada dalam parti itu bakal hilang tempat untuk bergantung lagi. Maka, adalah lebih elok ahli-ahli UMNO itu sendiri bertindak keluar parti dan bersama Pakatan Rakyat untuk membela nasib serta masa depan mereka yang sebenar-benarnya. Itulah yang lebih utama buat masa ini].

Sumber Pahang Daily
Baca Selanjutnya

Kelab penyokong PAS kini bertaraf Dewan

TEMERLOH : Kelab Penyokong PAS (KPP) yang telah pun memiliki 20,000 ahli kini bertaraf Dewan Perhimpunan Penyokong PAS, kata Pengerusi Lajnah Perpaduan National Dr.Mujahid Yusof al-Rawa.

Ahli Parlimen Parit Buntar itu memaklumkan demikian dalam satu program taklimat khas bagi pimpinan PAS peringkat negeri Pahang di Dewan Dato Abu Samah, Pejabat Badan Perhubungan PAS Pahang (BPPNP, di sini Sabtu lalu.

Taklimat tersebut telah dihadiri oleh lebih kurang 100 orang peserta dari seluruh Negeri Pahang.

Mujahid juga telah memaklumkan bahawa Dewan ini akan berperanan mengabungkan semua penyokong-penyokong bukan Islam daripada pelbagai kaum. Dewan ini juga akan menjadi medan bagi mengembangkan dakwah kepada kaum bukan Islam di samping memperoleh keuntungan politik parti.

Bagaimanapun, tambah beliau oleh kerana terdapat kekangan Perlembagaan, Dewan tersebut masih bertaraf Pemerhati rasmi pada Muktamar Agung dan pemilihan kepimpinan hanya dibuat melalui Syura dalam tempoh lima tahun pertama ini.
Baca Selanjutnya

PAS Felda Kg Awah lancar Tabung Korban

Felda Kg Awah - 14/1/2010 - Pada mesyuarat bulanan PAS Cawangan Felda Kg Awah yang diadakan pada malam Jumaat 14/1/2010 yang lepas, banyak perancangan dan aktiviti yang akan dilaksanakan sepanjang tahun 2010 ini. Antaranya ialah mewujudkan tabung Ibadah korban yang di ideakan oleh timbalan ketua cawangan PAS felda Kg Awah saudara Rahim Ahmad.

Tabung tersebut diwujudkan adalah untuk menggalakkan ramai peserta ibadah korban pada tahun 1431 Hijrah ini, tabung ini berkonsep tabungan wajib setiap bulan bagi yang ingin menyertai program ibadah korban yang dianjurkan oleh PAS cawangan Felda Kg Awah pada tahun ini, di mana peserta dikendaki membayar RM 30 setiap bulan kepada jawatankuasa yang dilantik sehinggalah sampai ke tarikh atau bulan yang akan ditentukan nanti.

Segala urusan dan pertanyaan bolehlah terus berurusan dengan Ketua Projek iaitu Saudara Rahim Ahmad di talian - 019-970 2858 / Atau kepada SU PAS Cawangan Saudara M.K. Ikhwan
Baca Selanjutnya

Pendidikan: PAS tuntut kerajaan henti bebani rakyat

PAS menuntut kerajaan bertanggung jawab penuh menyediakan prasarana dan kemudahan pendidikan tanpa meletakkan sebarang bentuk liabiliti kepada pentadbir dan guru sekolah sehingga boleh mendatangkan kemudaratan terhadap mutu pendidikan Negara ke arah melahirkan modal insan pada masa depan.

Naib Presiden PAS Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man berkata, parti itu menerima banyak rungutan daripada pelbagai pihak termasuk dari pentadbir dan guru sekolah yang merasa bimbang dan tertekan dengan polisi baru kementerian akibat daripada pengurangan peruntukkan kerajaan dan beberapa polisi lain termasuk peningkatan yuran makan bagi pelajar asrama dan kesan sebalik pelaksanaannya.

"Kami difahamkan bayaran yuran asrama meningkat dari RM 1 kepada RM 3 sehari bagi ibu bapa yang berpendapatan RM 5 ribu ke atas sementara bilangan penyediaan makanan hanya dihadkan kepada 200 pada awalnya kemudian dinaikkan kepada 240 hari daripada hari bersekolah".

"Akibat pemotongan peruntukan tersebut pelajar-pelajar asrama di minta balik ke rumah setiap hujung minggu( Sabtu dan Ahad) kerana ketiadaan peruntukan makanan atau makan dengan wang sendiri. Keadaan ini jika dibiarkan sudah tentu boleh menjejaskan mutu pelajaran bagi pelajar asrama kerana hilang fokus terhadap pelajaran akibat daripada kepenatan atau faktor-faktor lain".

"Bagi ibu bapa dan penjaga, senario sebegini sudah tentu menyusahkan kerana terpaksa menjemput pulang pelajar dan menghantar kembali ke asrama pada setiap hujung minggu. Kesan daripada keadaan yang berlaku itu sudah tentu dirasai sangat oleh golongan berpendapatan rendah," ujarnya dalam satu kenyataan akhbar yang diedarkan kepada media.

Menurut Tuan Ibrahim, lebih membimbangkan bagi PAS ialah terdapatnya rungutan daripada pelbagai pihak bahawa kementerian cuba melepaskan tanggung jawab penyediaan utiliti sekolah kepada pentadbir.

Tambahnya, PAS sangat bimbang jika keadaan itu berlaku menyebabkan pihak pentadbir dan guru sekolah hilang fokus kepada usaha asas iaitu meningkatkan mutu pendidikan kerana dibebani tanggung jawab yang tak sepatutnya dipikul.

"PAS juga mendesak kerajaan menunaikan janji untuk menambah kakitangan dalam sektor perkeranian dalam sistem pendidikan bagi meringankan beban guru supaya mereka lebih fokus dalam dunia pengajaran dan pendidikan".

"Ke arah mengatasi masalah kemerosotan akhlak di kalangan pelajar PAS menuntut kerajaan agar segera mewujudkan suatu pendekatan berimbang dalam memastikan kejayaan dalam bidang akademik dan pembentukan sahsiah bagi melahirkan modal insan yang berjaya".

Tuan Ibrahim berkata, PAS beranggapan jika keadaan yang berlaku itu benar dan tidak diatasi maka sistem pendidikan negara berada dalam keadaan yang amat kronik yang boleh mengancam pembentukan budaya bangsa yang sejahtera pada masa depan.
Baca Selanjutnya

Anggota polis bukan Islam dilarang pakai topi PDRM??


Mungkin mufti-mufti tertentu akan keluarkan fatwa, bukan Islam di larang pakai topi rasmi Polis Diraja Malaysia kerana mengandungi kalimah Allah.

Mungkin juga demonstrasi akan dianjurkan besar-besaran atas isu topi PDRM yang dipakai oleh bukan Islam.

Mungkin Demonstrasi tersebut turut membantah penggunaan senikata lagu negeri yang mengandungi kalimah Allah kerana dibimbangi turut dinyanyikan oleh bukan Islam di sekolah dan majlis rasmi kerajaan negeri.

Lagu kebangsaan negeri-negeri akan diharamkan??

Kebanyakan lagu negeri-negeri mengandungi kalimah ALLAH. Saya lampirkan senikata lagu-lagu negeri.

Nanti akan ada pula gerakan supaya lagu ini tak dinyanyikan di sekolah-sekolah dan pejabat kerajaan atau di mana-mana majlis rasmi kerajaan negeri kerana dibimbangi orang bukan Islam juga akan turut nyanyikan dan akan menyebut perkataan Allah.

Atau kena ubah lirik lagu itu dengan membuang perkataan Allah supaya bukan Islam boleh menyanyi tanpa was-was. Fikir-fikirkanlah.

Lagu Kebangsaan Negeri Pahang:
"Ya AllahYang Masa Kuasa
Lanjutkan Usia Kebawah Duli Yang Maha Mulia
Dirgahayu Darul Makmur Aman dan Bahagia Sentiasa
Ya Allah Selamatkan Kebawah Duli Raja Kami".

Lagu Kebangsaan Negeri Terengganu
Allah daulatkan Tuanku Sultan
Allah peliharakan Tuanku Sultan
Sejahtera sepanjang zaman
Allah rahmatkan Tuanku Sultan
Memerintah rakyat aman

Lagu Kebangsaan Negeri Johor
Allah peliharakan Sultan
‘Nugrahkan dia segala kehormatan
Sihat dan ria, kekal dan makmur
Luaskan kuasa, menaungkan kami
Rakyat dipimpini berzaman lagi
Dengan Merdeka bersatu hati
Allah berkati Johor
Allah selamatkan Sultan.

Lagu kebangsaan Negeri Perak

Dilanjutkan
Allah usianya Sultan
Adil dan murah
Memerintah watan

Ditaati rakyat
Kiri dan kanan
Iman yang soleh
Allah kurniakan

Allah berkati
Perak Ridzuan
Allah selamatkan
Negeri dan Sultan.

Lagu Kebangsaan Negeri Selangor

Duli Yang Maha Mulia
Selamat di atas takhta
Allah lanjutkan usia Tuanku
Rakyat mohon restu bawah Duli Tuanku
Bahagia selama-lamanya
Aman dan sentosa
Duli Yang Maha Mulia

Lagu Kebangsaan Negeri Kedah

Allah selamat Sultan Mahkota
Berpanjangan usia di atas Takhta,
Memelihara ugama Nabi kita,
Negeri Kedah serata-rata

Lagu Kebangsaan Negeri Kelantan

Lanjutkan usia Al-Sultan kami
Sultan Kelantan raja ikrami
Aman sentosa Tuhan sirami
Kekal memerintah kami
Kasih dan taat setia disembahkan
Keriangan diucapkan
Segala kebesaran Allah cucurkan
Bertambah kemuliaan
Baca Selanjutnya

Umno terdesak!

Semakin sukar untuk Malaysia menjadi sabuah Negara aman damai selagi Umno terus memerintah. UMNO bila tersepit mempergunakan isu kaum dan agama di negara ini.

UMNO yang ada hari ini tak sama dengan UMNO zaman Tunku Abdul Rahman dahulu yang lebih terbuka dan dihormati banyak pihak. Hari ini cara politik UMNO telah meluaskan jurang perbezaan kaum dan agama.

Jika UMNO dibiarkan terus memerintah, ia akan menyebabkan negara dan rakyat sentiasa dilagakan kerana kesempatan ini akan diambil oleh pemimpin mereka untuk mempolitikkan perbezaan kaum dan agama.

Kita tahu bukan semua ahli UMNO setuju dengan permainan politik seperti ini. Tapi kita juga tahu ada golongan dalam UMNO mahu orang Melayu mengangkat mereka menjadi wira pembela agama. Golongan ini melalui kuasa kerajaan telah melarang akhbar The Herald, yang hanya dijual di gereja-gereja Katolik saja, daripada menggunakan perkataan “Allah”, dan mereka yakin Mahkamah Rayuan akan “memperbetulkan” keputusan yang ada sekarang.

Kita mesti sentiasa waspada bila ada kumpulan menggelarkan diri mereka pembela agama dan Allah. Seperti kata Allahyarham Gus Dur, bekas presiden Indonesia dan pemimpin besar Nahdatul Ulama; Tuhan yang Maha Besar, Maha Agung dan Maha Berkuasa tidak perlu dibela, yang memerlukan pembelaan adalah manusia yang dianiayai dan ditindas.

Jadi bila ada kumpulan NGO yang dibiayai oleh UMNO ini berkumpul dan berteriak “Islam dinodai” atau “Selamatkan agama kita”, rakyat mesti berhati-hati dan perlu waspada tentang apa motif sebenar mereka.

Soal penggunaan perkataan Allah (God) atau Tuhan Allah (the Lord God) oleh orang Kristian Bumiputera di Sabah dan Sarawak mesti difahami dari perspektif sejarah pra-Merdeka dan sebelum mereka menyertai Malaya untuk membentuk Malaysia pada tahun 1963.

Semasa membaca doa di gereja, ramai penganut Kristian di sana tidak tahu berbahasa Inggeris; lagi pula mereka dari berbagai kaum seperti Iban, Kadazandusun, Bidayuh, Murut, Melanau, Kelabit, Kedayan dan sebagainya yang mempunyai bahasa dan dialek yang berbeza.

Jadi mereka memilih satu bahasa yang difahami semua pihak, iaitu Bahasa Melayu. Kitab Bible berbahasa Melayu yang mereka gunakan datangnya dari Indonesia. Bible mereka menggunakan perkataan Allah.

Sejak zaman-berzaman orang Islam di Sabah dan Sarawak tidak menghadapi apa-apa masalah tentang hal ini. Begitu juga orang UMNO di Semenanjung yang tak rasa sensitif. Kalau benar orang UMNO marah, mengapa isu ini tak timbul pada masa dahulu?

Mungkin kerana sebelum ini kuasa UMNO dan Barisan Nasional di Parlimen sangat kuat, maklumlah mereka ada 2/3 kerusi, iaitu boleh buat apa saja yang mereka suka. Sekarang banyak hal dengan tiba-tiba menjadi “sensitif”.

Ini kerana kedudukan politik UMNO sudah goyang. Persoalannya ialah, mengapa UMNO membenarkan nama Allah digunakan sejak sekian lama. Mengapa tidak arahkan semua doa dan percakapan dalam gereja supaya jangan guna nama Allah?

Bila orang bukan Islam diminta menyayi Ya Allah Selamatkan Sultan Kami adakah mereka melakukan kesalahan? Mengapa hanya The Herald diharamkan daripada menggunakan perkataan Allah? Sudah tentu The Herald tidak akan menggunakan perkataan itu kalau penganut dan pembacanya menggunakan perkataan lain dalam ritual sembahyang dan doa mereka.

Jadi Perdana Menteri Najib dan Menteri Dalam Negeri Hishamuddin kena semaklah doa orang Kristian di Sabah dan Sarawak – jika didapati mereka menggunakan perkataan Allah, mungkin tindakan keras harus diambil.

Tapi sebelum mengambil tindakan keras, kena semak juga sejarah. Saya difahamkan bahawa pada abad ke-17 sudah ada perkataan Allah untuk Tuhan dalam kamus Melayu-Latin.

Allah juga disebut dalam kitab doa Katolik yang dibawa ke Tanah Melayu pada abad ke-19. Persoalannya, jika tindakan keras diambil, adakah ia akan membantu usaha dakwah Islamiah atau mencacatkan imej Islam semata-mata kerana ada orang tertentu mahu jadi wira agama tanpa kajian yang mendalam.

Para alim ulamak seluruh dunia Islam sudah lama menerima orang dari agama lain menggunakan nama Allah sebagai nama Tuhan. Antaranya yang diguna pakai oleh umat Kristian Koptik di Mesir dan Kristian di Lubnan, Palestin, Iraq dan beberapa negara umat Islam yang lain.

Sudah tentu ulamak-ulamak UMNO juga sedar perkara ini kerana mereka sudah jauh berjalan dan banyak pengalaman. Tak kan lah ulamak UMNO yang amat tinggi ilmu agama mereka buat-buat tak faham semata-mata nak “bersihkan” Islam dari segala unsur-unsur kaum, budaya dan agama lain.
Tak kan mereka tak sedar Bahasa Melayu kita masih lagi mengekalkan Bahasa Sanskrit dari asal usul Hindu untuk Islam seperti perkataan sembahyang, puasa, syurga, neraka, dosa, pahala dan sebagainya.

Kita telah ada cukop undang undang melarang sesiapa sekali pun yang berusaha untok menarik minat orang Islam kapada agama lain.

Ini larangan yang jelas. Kepercayaan kapada ajaran agama kita yang tulin adalah benteng untok kita memberhentikan mana mana usaha untuk membawa orang Islam keluar dari akidah Islam. Kalau ini belum cukup itu bererti pegangan agama kita lemah.

Siapa yang perlu disalahkan?

Sumber
http://myzaidibrahim.wordpress.com
Baca Selanjutnya

Terima kasih enjin dan bumbung


Zolkharnain Abidin

Zahid Hamidi membetulkan laporan media. Katanya, harga sebenar enjin jet yang hilang itu ialah RM303,570.00 dan bukannya RM50 juta atau RM28 juta.

Maknanya, laporan media selama ini adalah kurang tepat. Kenyataan Zahid ini yang tepat. Zahid bercakap benar.

Shaziman Abu Mansor pula berkata, bumbung stadium di Terengganu runtuh kerana bahan dan kualiti kerja tidak ikut spesifikasi.

Bumbung stadium itu sebenarnya bahaya. Ia tidak selamat seperti sangkaan orang sebelum runtuh. Maknanya sangkaan orang salah. Kenyataan menteri ini yang betul. Shaziman juga bercakap benar.

Enjin sudah hilang dan bumbung sudah runtuh. Apa yang ada hanyalah mulut dan lidah menteri yang berputar-putar mengeluarkan kenyataan. Dengan bangga dan penuh ‘ketelusan’ pula kenyataan itu dikelluarkan.

Sebetul dan setepat mana pun kenyataan menteri, selurus dan seikhlas mana pun menteri, setelus mana pun maklumat, enjin sudah hilang dan bumbung sudah runtuh.

Setebal mana pun laporan, sedetail mana pun siasatan, enjin takkan pulang dan bumbung takkan tegak semula. Kalau enjin pulang pun, ia tidak seperti asal lagi. Sama juga dengan bumbung.

Enjin hilang dan bumbung runtuh membuatkan menteri kita bercakap benar, telus dan berintegriti.

Rupa-rupanya dalam negara ini, menteri hanya bercakap benar dan betul bila ada enjin hilang dan bila ada bumbung runtuh.

Terima kasih enjin dan bumbung. Bukankah ada ADUN BN Terengganu kata keruntuhan bumbung stadium adalah rahmat?

Baca Selanjutnya

Iktibar daripada kemalangan Nizar


IPOH, 7 Jani: Kemalangan yang menimpa YB Dato’ Seri Ir Mohammad Nizar Jamaluddin merupakan suatu takdir Illahi.

Sama takdirnya, dengan jatuhnya Kerajaan Perak yang Dato’ Seri pimpin setahun yang lalu.

Dan malapetaka yang berlaku kepada beliau adalah di hadapan Hotel Casuarina (berdekatan bangunan UMNO PERAK).

Adakah ini suatu kebetulan?

Dengan penghakiman kes pencabulan demokrasi Negeri Perak masih belum selesai, seharusnya peribadi Dato’ Seri dijaga rapi terutamanya dalam aspek keselamatan diri dan keluarga beliau.

Tanpa mengaitkan kemalangan ini dengan unsur politik, semua kepimpinan PAS termasuk pihak Pas negeri, pusat khidmat masyarakat Dun Pasir Panjang dan Parlimen Bukit Gantang perlu memastikan beliau diiringi oleh seorang pengawal peribadi atau pemandu bagi segala urusan beliau.
Ini perlu bagi memastikan keselamatan beliau terpelihara.

Sebagai suatu pengiktibaran, Almarhum Dato’ Prof Zulkifli Mohammad dan isteri juga mati disebabkan kecelakaan jalan raya.

Sehinggakan kecelakaan beliau itu dikaitkan dengan motif politik yang memaksa kerajaan ketika itu dibawah kepimpinan Perdana Menteri, Almarhum Tunku Abdul Rahman terpaksa membuat ucapan dalam Dewan Parlimen menerangkan kematian Zulkifli Muhammad bukannya kerana angkara perbuatan khianat.
Ingatan ini bukan sama sekali menafikan takdir Illahi, kerana kita tahu jika takdir Illahi sudah sampai “Ia tidak akan dipercepat dan diperlambat walaupun sesaat” Walaubagaimanapun sebagai manusia yang diberi akal dan fikiran yang waras, kita boleh berusaha menghindarinya.

Sekian, terima kasih

Mohd Ikhmal bin Mohd Iskandar
Mantan Setiausaha PAS Jalan Yadi Sungai Udang


Baca Selanjutnya

Terkini, DS. Nizar kemalangan, alami cedera ringan


IPOH : Menteri Besar Pakatan Rakyat Perak, Ds. Muhammad Nizar Jamaluddin terlibat dengan kemalangan jalanraya di hadapan Hotel Cassuarina Ipoh pagi ini. Demikian berita yang disahkan oleh pembantu peribadi beliau, Sdr. Amran Harun.

Ds. Nizar dikatakan memandu sendiri dalam perjalanan ke sebuah Klinik Gigi kerana ada temujanji pada pagi ini.

Beliau sekarang berada di Hospital Tuanku Bainun Ipoh dan mengalamai cedera ringan di bahagian kaki.

Kereta yang dipandunya dikatakan terbalik dan keempat-empat tayarnya diatas dalam kemalangan itu.
Baca Selanjutnya
pahangkini