PASTI Felda Kg Awah Semakin menjadi pilihan

Pusat Asuhan Tunas Islam atau nama ringkasnya PASTI adalah sebuah badan pendidikan awal Islam kanak-kanak yang bernaung dibawah Dewan Pemuda PAS Pusat. Di kawasan Maran sahaja terdapat lebih kurang 7 cawangan PASTI tidak terkecuali di Felda Kg Awah ini, untuk tahun seterusnya di tahun 2010 ini PASTI cawangan Felda Kg Awah ini semakin mendapat tempat di kalangan ibubapa-ibubapa di Felda Kg Awah ini untuk menghantar anak-anak mereka mendapat didikan awal Islam.

PASTI Felda Kg Awah telah ditubuhkan pada tahun 2004 dan kini telah 6 tahun beroperasi, bagi tahun 2009 mendapati PASTI mencatatkan murid paling ramai sejak tertubuhnya ia di Felda Kg Awah iaitu seramai hampir 40 orang, ini merupakan pencapaian terbaik memandangkan tahun-tahun sebelum ini murid-murid hanya sekitar belasan orang sahaja. Bagi tahun 2010 ini pula seramai 35 orang murid baru berdaftar dan jumlah ini akan bertambah dari masa ke semasa biasanya akan ada lagi ibubapa yang akan menghantar anak-anak mereka di awal tahun ini.

Menurut setiausaha PASTI Asy-Syakireen Saudara Mohd Khairul Ikhwan, masyarakat sekarang semakin terbuka dalam menentukan masa depan anak-anak mereka tanpa mengira fahaman politik dan sebagainya, ini merupakan jalan terbaik untuk merapatkan masyarakat bersama PAS melalui PASTI. Bagaimanapun harapan kami di PASTI Felda Kg Awah ini dapat memberi khidmat terbaik kepada masyarakat di Felda kg Awah ini kerana PASTI kini sudah menjadi pilihan utama bukan lagi alternatif bagi wadah pendidikan anak-anak mereka. Kami di pihak PASTI harap terus mendapat sokongan daripada semua dalam membentuk generasi masa hadapan yang bertaqwa.

0 comments: