
UMNO BANGGA PERASUAH SEBAGAI CALON

Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata pemilihan Tan Sri Mohd Isa Abdul Samad sebagai calon Barisan Nasional (BN) bagi pilihan raya kecil Dewan Undangan Negeri kawasan Bagan Pinang dibuat berdasarkan kehendak penduduk setempat (terpaksa pilih walaupun rasuah).
Beliau berkata keputusan itu dibuat selepas pucuk pimpinan membuat tinjauan yang cukup rapi sampai ke peringkat akar umbi di kalangan orang Melayu, Cina dan India di kawasan itu.
Mereka menyatakan sokongan kepada Isa kerana sudah lama mengenali tokoh yang mesra rakyat itu dan sudah tahu jasa yang beliau lontarkan untuk orang-orang di Port Dickson serta Negeri Sembilan, katanya.
"Di atas dasar populariti dan juga atas kehendak orang tempatan, sebab itu saya bertanya mereka sendiri dalam ucapan saya tadi, saya tidak buat keputusan sendiri dan mereka katakan Isa! Isa! Isa!, tiga kali disebut, baru saya umumkan kerana itu adalah kehendak daripada pengundi di sini," katanya kepada pemberita pada majlis Aidilfitri Bagan Pinang selepas mengumumkan nama Isa sebagai calon BN bagi pilihan raya kecil itu.
Timbalan Perdana Menteri berkata keputusan itu telah berpihak kepada pengundi kerana ia merupakan satu pilihan raya kecil dan senarionya tidak sama dengan pilihan raya umum.
Isa, 59, pernah berkhidmat sebagai Menteri Besar Negeri Sembilan selama 22 tahun dari April 1982 hingga Mac 2004."Walaupun mungkin dalam sejarah politik beliau (ada masalah), macam saya juga ada sejarah dan masalah, tapi rakyat tempatan, pengundi yang mengenali hati dan nurani beliau yakin beliau mampu," katanya.
Muhyiddin berkata beliau tahu pembangkang akan gunakan pelbagai isu terutama yang berkait rapat dengan isu politik wang Isa dahulu untuk menjatuhkan pemimpin itu.Beliau melihat pilihan raya kecil itu merupakan peluang untuk kerajaan BN menjelaskan dasar-dasarnya, kepimpinan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak, gagasan 1Malaysia, usaha memulih ekonomi yang sedang berjalan di samping menerangkan keadaan masalah di peringkat tempatan dan nasional.
Timbalan Perdana Menteri yakin BN telah membuat keputusan yang tepat apabila meletakkan Isa sebagai calon dan berharap pengundi akan terus memberi peluang kepada BN untuk terus menjadi wakil bagi rakyat di Bagan Pinang.
"Kita akan teruskan usaha pembangunan kerana Bagan Pinang adalah satu kawasan yang strategik, sebahagian besarnya adalah Port Dickson sendiri, mempunyai potensi yang banyak, jadi kita bangunkan untuk pelancongan, perniagaan supaya ia jadi lebih maju lagi," katanya.Beliau berkata pengalaman Isa akan dioptimumkan untuk memajukan kawasan itu kerana beliau arif dalam soal pentadbiran semasa berada dalam kerajaan pusat dan negeri.

-- BERNAMA
TIGA PARTI BERMASALAH MAHU SERTAI REJIM BN
TIGA PARTI BERMASALAH SEMALAM DIKATAKAN MAHU SERTAI REJIM BN.
KE SEMUA PARTI2 ITU BERASASKAN KAUM INDIA IAITU IALAH KONGRES INDIA MUSLIM MALAYSIA (KIMMA), PARTI PROGRESIF INDIA (IPF) DAN PARTI MAKKAL SAKTHI.
IPF IALAH PARTI SERPIHAN MIC YANG DIPIMPIN OLEH G.PANDITHAN SEBELUM INI DAN PERNAH MENYERTAI PARTI PEMBANGKANG DALAM GAGASAN RAKYAT SEKITAR TAHUN 1990 BERSAMA PBS, SEMANGAT 46 DAN PAS.
PARTI ITU YANG KONONYA MEMPUNYAI PENYOKONG 300,000 TELAH MEMOHON MENYERTAI BN SEJAK 20 TAHUN LALU TETAPI DITOLAK ATAS DESAKAN PRESIDEN MIC, SAMY VELLU TERHADAP PM KETIKA ITU, MAHATHIR MOHAMAD.
MANAKALA MAKKAL SAKHTHI YANG JUGA PARTI SERPIHAN HINDRAF BOLEH DILIHAT PARTI TAJAAN REJIM APABILA PARTI ITU DENGAN MUDAHNYA DILULUSKAN PENDAFTARANNYA HANYA KERANA MENYOKONG AGENDA ILUSI NAJIB RAZAK IAITU 1MALAYSIA.
BERKEMUNGKINAN PARTI SERPIHAN HINDRAF INI DITAJA OLEH BN BAGI MENGGANTIKAN MIC SECARA PERLAHAN2 SELEPAS MIC MENGALAMI KEKALAHAN TERUK PADA PRU LALU TERMASUKLAH KEKALAHAN SAMY VELLU SEMPENA BIRTHDAYNYA.INI DAPAT DILIHAT APABILA KEKALAHAN DATUK S SUBRAMANIAM DITANGAN G.PALANIVEL, YANG JUGA ANAK DIDIK SAMY VELLU DALAM PEREBUTAN JAWATAN TIMBALAN PRESIDEN BERKEMUNGKINAN MENYERTAI PARTI MAKKAL SAKTHI.
MALAH, MANTAN PRESIDEN UMNO MEMUJI PENUBUHAN PARTI ITU.
MAHATHIR SEJAK AKHIR2 INI DIPERKUDAKAN OLEH NAJIB MONGOLIA DENGAN MEMPROMOSIKANNYA DIMEDIA MILIK REJIM ITU TERMASUKLAH RTM, TV3 DAN SEBAGAINYA.
MAHATHIR SEBELUM INI MENGGELARKAN SAMY SEBAGAI LIABILITI UMNO YANG DISAMBUT PEMUDA MIC DENGAN KALUNGAN SELIPAR.
NAJIB JUGA DIJANGKA MERASMIKAN PARTI ITU PADA 10 OKTOBER INI IAITU SEHARI SEBELUM PENGUNDIAN DUN BAGAN PINANG.
MASYARAKAT INDIA DALAM DUN BAGAN PINANG DIKATAKAN LEBIH CENDERUNG MENYOKONG PAKATAN DAN INI MUNGKIN STRATREGI REJIM BN MERAIH SOKONGAN MASYARAKAT ITU.
UMUM MAKLUM, MASYARAKAT INDIA TURUT MENYERTAI PAS MELALUI KELAB PENYOKONG PAS YANG KIAN MENDAPAT SAMBUTAN DISELURUH NEGARA.
SESUATU YANG ANEH SEBENARNYA APABILA MAKKAL SAKTHI DENGAN MUDAH DILULUSKAN PENDAFTARANNYA OLEH PENDAFTAR PERTUBUHAN (ROS) SEDANGKAN PARTI SEPERTI PARTI SOSIALIS MALAYSIA (PSM) MEMERLUKAN SEKURANG2NYA 10 TAHUN UNTUK DILULUSKAN HANYA KERANA PARTI ITU MENYOKONG PEMBANGKANG.SEHINGGA KINI PARTI SEPERTI USNO DI SABAH DAN PARTI MALAYSIA DAYAK KONGRES (MDC) DI SARAWAK GAGAL DILULUSKAN KERANA PARTI ITU TIDAK 'NGAM' DENGAN REJIM BN.
USNO DIBUBARKAN SEKITAR TAHUN 1990AN BAGI MEMBENARKAN UMNO MELEBARKAN PENGARUHNYA DI NEGERI ITU.
SEHINGGA KINI, HANYA SARAWAK YANG MENGHARAMKAN UMNO MENUBUHKAN CAWANGANNYA DI BUMI KENYALANG.
HARUS DIINGAT, PARTI IPF WALAUPUN KECIL, PARTI INI SEBENARNYA BUKAN SAHAJA DITOLAK MASYARAKAT INDIA TETAPI PADA MASA SAMA BERHADAPAN DENGAN MASALAH DALAMAN IAITU DENGAN PEREBUTAN JAWATAN PRESIDEN TERMASUKLAH ANCAMAN BEKAS TIMBALAN PRESIDEN SEBELUM INI YANG DIPECAT. KES ITU MASIH BERJALAN DI MAHKAMAH.
BEGITU JUGA DENGAN KIMMA, PARTI ITU SEBELUM INI PERNAH BERGABUNG DENGAN SATU LAGI PARTI NYAMUK (ISTILAH TERPINGGIR BAGI PENULIS) DALAM REJIM BN IAITU PARTI PROGRESIF PENDUDUK (PPP) TETAPI AKHIRNYA TIDAK BERJAYA APABILA PPP SENDIRI TERSUNGKUR DALAM PRU LALU TERMASUKLAH KEKALAHAN PRESIDENNYA, M KAYVEAS JUGA DALAM PARLIMEN DI PERAK.
PARTI SERPIHAN KIMMA ITU KALAU TIDAK SILAP PENULIS DIBERI NAMA IKATAN RAKYAT MALAYSIA (IRM).
PENULIS MENGALU-ALUKAN JIKA PENYERTAAN KE TIGA-TIGA PARTI ITU MEMPERCEPATKAN RUNTUHNYA REJIM BN MENELANG PRU 13 KERANA DENGAN BANYAKNYA PARTI DALAM SESUATU GAGASAN ITU, AKAN MEMENINGKAN KEPALA HOTAK NAJIB MONGOLIA DENGAN PELBAGAI MASALAH TERMASUKLAH PEREBUTAN KERUSI PADA MASAM MENDATANG.
INI TIDAK TERMASUK MASALAH MCA DAN SEKUTUNYA YANG LAIN.
DI SABAH MISALNYA, PARTI NYAMUK REJIM ITU, IAITU PARTI BERSATU RAKYAT SABAH (PBRS) SEMALAM BERANG APABILA DIKATAKAN DIPINGGIRKAN DALAM PEMBAHAGIAN JAWATAN PERNGKAT KAMPUNG.
PBRS IALAH SERPIHAN DARI PARTI BERSATU SABAH (PBS), IAITU SALAH SATU SEKUTU BN YANG SEBELUM INI MENJADI PEMBANGKANG DINEGERI ITU.
PBS HANYA MENYERTAI BN SELEPAS HAMPIR LUMPUH SELEPAS KEKALAHAN DALAM PILIHANRAYA NEGERI SABAH PADA TAHUN 1999.
BAGI PBRS, PARTI ITU HANYA DIBERI SATU KERUSI DUN DAN SATU PARLIMEN YANG MASING2 BERADA DALAM KAWASAN PENSIANGAN.
MALAH UMNO NEGERI ITU MAHU MERAMPAS KERUSI PARLIMEN YANG DISANDANG TIMBALAN PRESIDEN PBS, MAXIMUS ONGKILI.SAMA-SAMALAH KITA SAKSIKAN RUNTUHNYA REJIM BN INI, SAMA NASIB YANG DIALAMI OLEH PARTI LDP DI JEPUN YANG MEMERINTAH LEBIH 3O TAHUN.
Antara saranan Dr M dan selera rakyat
Tun Dr Mahathir sebagai pengasas kepada umno (baru) mengingatkan agar calon yang bakal bertanding bagi pihak mereka di Bagan Pinang mestilah bebas daripada salahlaku rasuah atau istilah ‘politik wang’ oleh umno. Memandangkan dalam beberapa siri Pilihanraya kecil yang lepas BN hanya mampu mendalamkan kubur sendiri berbanding mencuri hati rakyat dengan calon yang tidak diyakini maka ada benarnya saranan itu.
Namun yang boleh dipersoalkan ialah adakah pemimpin umno sekarang segan dengan saranannya itu. Jika pemilihan MT umno yang lepas menjadi perbandingan tidak mustahil cakap Tun hanyalah seperti anjing menyalak bukit. Kita lihat selepas pemilihan tersebut si polan yang telah disabitkan bersalah oleh lembaga disiplin parti mereka sendiripun masih mendapat tempat dan dikekalkan sebagai pemimpin walaupun dibantah keras oleh Tun. Adakah sudah tidak ada orang yang lebih bersih di kalangan mereka untuk menjadi pemimpin?
Begitu juga ada di kalangan bekas ‘anak buahnya’ sendiri yang cuba mengusirnya daripada umno sedikit masa dahulu. Ini menunjukkan tahap ke’segan’an pemimpin umno terhadap Tun tidaklah setinggi mana. Rakyat sudah maklum itu dan mereka lebih memahaminya.
Dari satu sudut yang lain media ( baca pencacai ) seakan ingin mengalih perhatian rakyat daripada melihat kelemahan gabungan BN secara total yang gagal mentadbir negara dengan baik setelah lebih 50 tahun hanya kepada kelemahan calon. Mereka menganggap barangkali jika calon yang mereka pilih itu ‘bersih’ maka selesailah masalah mereka dan rakyat akan berpusu-pusu ke pangkuan mereka. Mereka silap!
Barangkali Tun Mahathir juga berfikiran begitu. Beliau seakan masih menganggap umno dan BN terus releven untuk memimpin negara menjadi negara maju menjelang 2020 sekurang-kurangnya. Kita tentunya tertarik dengan kenyataan Samy Vellu yang mengulas kemenangannya dalam pemilihan MIC baru-baru ini. “Ramai menyalahkan saya, kata rakyat menyampah dengan saya, tetapi mereka sebenarnya tidak sukakan BN, bukan saya”. Nampaknya hanya Samy yang berpijak di bumi nyata sedangkan komponen BN yang lain masih berculakan selera pengundi era 80-an. Zaman sudah berubah , datanglah sesiapapun menjadi calon umno/BN namun rakyat tetap akan menolak mereka secara total.
Jika Pilihanraya kecil di Bagan Pinang dibukakan seluas-luasnya ruang demokrasi dan parti yang bertanding diadukan di atas padang yang sama rata tidak mustahil calon umno bakal kehilangan deposit! Hanya kaum kerabat calon serta pencadangnya sahaja yang barangkali akan mengundi umno. Tidak timbul lagi isu peribadi atau rasuah calon yang menjadi penentu.
Dewan Pemuda Pas Mengutuk Tindakan Pihak Berkuasa China
Dewan Pemuda PAS Pusat (DPP Pusat) mengutuk keras tindakan pihak berkuasa China yang mengambil tindakan yang tidak bertamadun dalam meleraikan masalah perselisihan etnik yang melanda rakyatnya di Urumqi, Xinjiang. Angka kematian yang telah mencecah 156 orang dan hamper 800 yang tercedera adalah merupakan satu kesilapan yang perlu ditanggung oleh kerajaan China.DPP Pusat berharap Pertubuhan bangsa-bangsa Bersatu melalui Setiausaha Agongnya, Ban Ki-Moon segera turun padang dan berbincang dengan Kerajaan China untuk menyelesaikan isu ini. Kerajaan China perlulah bersikap professional dan matang dalam menangani kemelut yang berlaku dan mengiktiraf hak kebebasan bersuara dan memastikan hak rakyat untuk hidup dalam suasana aman dan damai tercapai tanpa sebarang tindakan yang diluar kawalan.
DPP Pusat merasakan punca berlakunya perselisihan ini adalah kerana sikap berat sebelah Kerajaan China terhadapa umat Islam si Xinjiang. Oleh itu DPP Pusat juga ingin mengingatkan kerajaan China bahawa hak untuk beragama adalah dijamin oleh dunia melalui piagam yang telah di akui bersama pada 1946. Tindakan kerajaan China sebelum ini yang menutup beberapa institusi bersifat keagamaan seperti Perubuhan Sufism yang telah lama bertapak di di Xinjiang adalah satu manifestasi kegagalan Kerajaan China dalam pemerintahannya. Situasi dimana kanak-kanak islam dibawah umur 18 tahun tidak dibenarkan solat di masjid adalah contoh tindakan kerajaan China yang menafikan hak rakyatnya dalam beragama dan mengamalkan agama mereka.
Oleh itu, DPP Pusat mendesak Kerajaan China untuk membebaskan segera tahanan-tahanan di Xinjiang seramai 1,434 orang disamping mereka perlulah diberi pengadilan yang seadilnya. DPP Pusat juga mendesak Setiausaha Agung PBB agak menggantung keahlian China di Pertubuhan bangsa-bangsa Bersatu selagi mana Kerajaan China tidak membebaskan tahanan-tahanan yang di tahan disamping menjanjikan pengadilan yang sewajarnya kepada rakyat dan umat Islam di Xinjiang.
DPP Pusat juga mendesak Kerajaan Malaysia agar menggantung segala urusan rasmi dengan Kerajaan China selagi kes pembunuhan umat Islam di Xinjiang tidak selesai secara holistic.
DR RAJA AHMAD AL-HISS
Pengerusi,
Lajnah Antarabangsa,
Dewan Pemuda PAS Pusat.
Pengundi MU - Jangan Sokong UMNO
Semua orang yang berlogo dacing yang datang berjumpa dengan pengundi-pengundi di Manek Urai sekarang ini berasal dari sebuah parti yang telah pun disahkan bergelumang dengan najis rasuah. Mereka menyokong penuh tanpa ragu amalan rasuah dalam kalangan mereka.Sebab itu mereka tetap membenarkan Ali Rustam menjadi Ketua Menteri Melaka. Sebab itu mereka mengizinkan Khairy menjadi Ketua Pemuda UMNO. Kedua-dua individu ini ialah idola kepada ahli-ahli UMNO. Merekalah yang menjadi ikutanpemimpin dan ahli UMNO yang datang ke rumah anda.
Pengerusi Kelab Penyokong PAS Negeri Pahang Mimpi Jumpa Nabi??
Pengerusi kelab penyokong PAS Pahang, Balakirsnan telah memberitahu Ustaz dato` Tuan ibrahim bahawa dia telah bermimpi berjumpa dengan baginda Nabi Muhammad s.a.w.
Ustaz dato` Tuan ibrahim bertanya bagaimana dia boleh tahu bahawa individu yang datang berjumpa dengannya didalam mimpinya itu adalah baginda Nabi Muhammad s.a.w.?
Balakirsna memberitahu Ustaz dato` Tuan ibrahim bahawa individu yang dilihat didalam mimpinya itu memakai serban dan berjubah dan mengakui bahawa dia adalah Rasulullah s.a.w. dan baginda Rasulullah s.a.w lalu memberikan satu nama muslim kepadanya.

Berkenaan mimpi bertemu Rasulullah s.a.w ini, Abu Hurairah r.a. melaporkan bahawa Nabi s.a.w berkata, “Sesiapa yang melihatku dalam mimpi, bererti dia benar-benar melihatku. Sesungguh syaitan tidak mampu menjelma rupaku“.
Hadis direkodkan oleh Imam Muslim.
Masya Allah, selepas Ustaz dato` Tuan ibrahim memberithahu didalam ceramahnya saya berfikir, ” Non-muslim pun boleh jumpa Nabi. Namun kita yang sedia Islam ini bukan mudah mahu dapat mimpi jumpa Nabi”.
Berdasarkan pengalaman ramai non muslim yang revert sebelum ini, mimpi sebegini adalah lumrah dialami oleh mereka sebelum kembali ke agama fitrah mereka. Insya Allah, mimpi itu merupakan hidayah dari Allah untuk menambah keyakinan mereka terhadap kebenaran Islam.
Sama-samalah kita doakan mereka agar hati kita dan mereka tetap dengan Islam di masa-masa akan datang.
Mengenai lintasan fikiran saya di atas, saya gembira dengan khabar itu namun sedikit rasa cemburu menyelinap juga. Cemburu kerana mahu turut bertemu Nabi s.a.w.
Apa pun bila teringatkan bahawa ummah yang berpegang teguh dengan syariat Allah dan sunnah Nabi s.a.w tetap akan bersama Rasulullah s.a.w di akhirat kelak, maka cukuplah hal itu menjadi penawar untuk saya terus berusaha meneladani Rasulullah s.a.w sedaya mampu.
Dengan nama Allah yang Maha Penyayang lagi Maha Mengasihani.
1] Apabila datang pertolongan Allah dan kemenangan (semasa engkau wahai Muhammad berjaya menguasai negeri Mekah);
[2] Dan engkau melihat manusia masuk dalam agama Allah beramai-ramai;
[3] Maka ucapkanlah tasbih dengan memuji Tuhanmu dan mintalah ampun kepadaNya, sesungguhnya Dia amat menerima taubat.
Surah al-Nasr (Kemenangan)
-http://dupahang.wordpress.com
Negara Akan Huru-Hara Sekiranya Undang2 Islam diLaksanakan - Najib
Najib; 17 Tahun Yang Lalu..
Memastikan Umno terburai di Manek Urai..
Oleh PAS LIPIS
Selepas tewas di Bukit Gantang dan Bukit Selambau, Umno kini dikatakan sedang menyusun strategi baru untuk memenangi hati pengundi di Manek Urai. Mereka sanggup berubah menjadi `khadam’ rakyat. Menerusi slogan `KBSM’ mereka akan muncul bersama rakyat sekiranya ada kenduri (K), bersalin (B), sakit (S) dan mati (M). Kesungguhan mereka meliputi semua waktu samada pagi-petang dan siang-malam.
Ketua Dewan Ulama’ PAS, YB Dato’ Harun Taib mengingatkan petugas PAS/PR supaya tidak berputus harap dalam meraih undi daripada orang-orang Umno. Beliau sempat berkongsi beberapa cerita di Stadium Malawati tempoh hari. Pertama, perihal seorang wanita umno yang tegar. Hidup-mati bersama parti dacing dan keris. Namun, kesungguhan wakil PAS telah berjaya mendapat satu undi dari wanita tersebut dengan hanya melemparkan senyuman sewaktu bertemu di pintu masuk tempat mengundi.
Kedua, perihal seorang pak cik yang boleh dianggap sebagai Umno totok. Hatinya sebiru dacing. Jika ada perayu undi PAS datang ke rumahnya, lantas ditutup pintu. Tak beri peluang ! Namun, ada petugas PAS yang bersungguh. Beliau nampak di hadapan rumah pak cik tersebut terdapat pohon nangka yang sedang berbuah. Masih muda lagi. Datanglah beliau ke rumah pak cik dan memberitahu bahawa dia hendak membeli buah nangka tersebut setelah masak nanti.
Selang seminggu datang lagi. Nangka memang belum masak tapi puji pak cik bahawa baka nangkanya adalah baik. Jangan lupa untuk beritahu bila sudah masak. Beberapa minggu kemudian datang lagi. Kali ini, pak cik dah tak berbulu dengan aktivis PAS. Pintu rumah di buka dan dibuat kopi. Menurut pembawa cerita, sementara menunggu tempoh nangka masak, pak cik telah terbuka hati untuk masuk PAS.
Medan di Manek Urai adalah terbuka kepada bakal YB. Segala ramuan perlu diadun bagi memikat selera pengundi. Misi besar PR ialah memastikan Umno terburai di Manek Urai dengan score card 6 – 0. Insya’allah.
Isu Setempat: Pembinaan Masjid Baru Felda Kg Awah Terbengkalai??
Ceramah Isu Perak Di Jengka 21
Amaran Along??

Sajak 'Altantuya'
'Altantuya'
Aku Insan Ajnabi,
Aku Berasal Dari Tanah Tinggi
Bangsaku menjelajah dunia
Bangsaku pernah menguasai dunia
Kecantikanku menawan sesiapa sahaja
Lemah gemalaiku melembutkan lelaki perkasa
Kecerdikanku, kecantikanku boleh diperniaga
Aku wanita Ajnabi merantau kemana=mana
Mencari rezeki merata dunia
Kuala Lumpur, Paris, Hong Kong aku merata
Pembesar negara kuasai ku
Kukuasai pembesar negara
Sebut sahaja apa berniaga aku tetap disana
Kepercayaan dan akidah sama sahaja
Sekejap muslimah sekejap insaniah
Aku tetap manusia beragama
Manisku dijilat, manisku disedut
Aku rela kerana berniaga
Aku berakidah aku insaniah
Ku tahu siapa yang menyedutku
Manisku masih banyak
Manusia rakus menghirupku
Kadang menggilir kadang digilir
Aku berniaga tak kira siapa
Zuriatku ada
Ku tahu siapa bapanya
Masakan tidak, disarangku dia bertelur
Manisku belum habis dihisap
Sepahku dibuang merata
Badanku dihancur luluh
Tubuhku berkecai rapuh
C4 dipanggil untuk memusnahku
Rohku tetap menjalar
Rohku tetap merayau
Setiap dada media ku buka cerita
Ku tahu siapa pemusnahku
Rohku berulang alik
Entah di Mongolia, entah di Paris
Entah di Shah Alam, entah di Putrajaya
Rohku menjalar terus menjalar
Roh suciku diawang-awangan
Menghinggap siapa sahaja
Tak kira pangkat atau kedudukan
Pemusnahku akan musnah
Oleh: Mohamad Sabu
HEBATNYA e-HARAKAH..! (Paper Harakah Versi Online)
Jadi, berbalik kepada e-Harakah yang menggunakan teknologi e-paper ini, menurut Mohd. Suhaimi Embong yang merupakan Pengurus Pemasaran dan Pembangunan Perniagaan Harakah, idea mewujudkan e-Harakah timbul selepas terdapat permintaan tinggi daripada pembaca yang tinggal di luar negara.
Paparan pada skrin komputer amat jelas seperti kita membaca akhbar cetak.
Kita boleh menyelak helaian mukasurat sebagaimanan akhbar cetak dengan menggunakan tetikus (mouse).
- kita dapat membaca e-Harakah sebagaimana kita membaca Harakah bercetak.
- kita dapat menyelak helaian mukasuratnya seperti Harakah bercetak dengan menggunakan tetikus/mouse
- bagi yang menghadapi masalah penglihatan, tiada masalah kerana helaian mukasurat e-Harakah boleh zoom sehingga paparan menjadi besar dan amat jelas
- jika kita ketinggalan Harakah minggu lepas contohnya, kita boleh membacanya melalui e-Harakah (mengikut Harakah edisi mana yang kita kehendaki)
- kalau Harakah cetak lama kelamaan ia akan rosak dan koyak tetapi e-Harakah dijamin tidak rosak dan koyak
- e-Harakah berbeza daripada Harakahdaily kerana Harakahdaily hanya memaparkan kandungan berita sahaja sedangkan e-Harakah memaparkan kesemua bahan yang ada seperti yang terdapat dalam Harakah cetak termasuklah iklan-iklan, artikel dan sebagainya.
Kesimpulannya, anda layari sendiri e-Harakah (sementara ia dalam tempoh promosi secara percuma) dan nilailah sendiri. Banyak kelebihannya.
Tahniah kepada Harakah yang berani mengorak langkah mendahului akhbar-akhbar politik dalam bidang akhbar elektronik ini. Tahniah PAS !
ar_rawa
Senarai Penuh AJK Kerja PAS Pusat
SESI 2009 2011
Mursyidul Am PAS
TUAN GURU DATO' HJ NIK ABDUL AZIZ NIK MAT
Presiden
DATO SERI TUAN GURU ABDUL HADI AWANG
Timbalan Presiden
USTAZ NASHARUDIN MAT ISA
Naib Presiden
DATO USTAZ TUAN IBRAHIM TUAN MAN
SALAHUDDIN AYUB
DATO' MAHFUZ OMAR
Ketua Dewan Ulama
DATO USTAZ HARUN TAIB
Ketua Dewan Pemuda
USTAZ NASRUDIN HASSAN TANTAWI
Ketua Dewan Muslimat
USTAZAH NURIDAH MOHD SALLEH
Setiausaha Agung
DATO' MUSTAFA ALI
Ketua Penerangan
USTAZ IDRIS AHMAD
Bendahari
DR MOHD HATTA RAMLI
Ketua Pengarah Pilihan Raya
DATO USTAZ ABDUL HALIM ABDUL RAHMAN
Ahli Jawatankuasa
DATO' SERI IR. MOHAMAD NIZAR JAMALUDDIN
DATO' KAMARUDDIN JAFFAR
DATO' SERI USTAZ AZIZAN ABD RAZAK
DATO' DR HAJI HASAN MOHD ALI
USTAZ ABDUL GHANI SAMSUDDIN
DATO USTAZ ABU BAKAR CHIK
MOHAMED HANIPA MAIDIN
DATO' IR AMIRUDDIN HAMZAH
DR LO LO MOHAMAD GHAZALI
USTAZ ABDUL GHANI ABDUL RAHMAN
DR DZULKEFLY AHMAD
DR SYED AZMAN SYED AHMAD NAWAWI
USTAZ HASHIM JASIN
MAZLAN ALIMAN
USTAZ TAIB AZAMUDDIN MD. TAIB
DR MUJAHID YUSOF RAWA
DATO HAJI HUSAM MUSA
MOHAMAD SABU
MOHD ANUAR TAHIR
ASMUNI AWI
MOHAMAD TAUFEK ABDUL GHANI
DR SITI MARIAH MAHMUD
WAN UBAIDAH WAN OMAR
MUHAMAD ABDULLAH
Pesuruhjaya PAS Negeri
PERLIS : USTAZ HASHIM JASIN
KEDAH : DATO' SERI USTAZ AZIZAN ABDUL RAZAK
PULAU
PERAK : USTAZ ABU BAKAR HUSIN
KELANTAN : TUAN GURU DATO NIK ABDUL AZIZ NIK MAT
TERENGGANU : USTAZ HARUN TAIB
PAHANG : DATO USTAZ TUAN IBRAHIM TUAN MAN
SELANGOR : DATO DR HASAN MOHD ALI
W. PERSEKUTUAN : MOHAMAD NOOR MOHAMAD
NEGERI SEMBILAN : ZULKEFLY MOHAMAD OMAR
MELAKA : USTAZ ABDUL GHANI ABDUL RAHMAN
JOHOR : DATO DR MAHFODZ MOHAMED
HARAKAHDAILY
Ultraman Punca Stadium Sultan Zainal Abidin Runtuh..

Apa yang menyedihkan pertarungan ini memusnahkan bumbung stadium Sultan Zainal Abidin di Gong Badak, tetapi kedua-dua makhluk itu telah menghilangkan diri tanpa mahu bertanggungjawab atas apa yang berlaku.
Just Kidding ;-)
Polemik Kerajaan Perpaduan : Kenapa ?
Naib Presiden PAS

Bilamana Presiden mengutarakan gagasan kerajaan perpaduan, ramai di kalangan kita membuat pelbagai tafsiran dan andaian. Ada pandangan terkeluar dari akhlak jamaah dan sebahagian besarnya masih dalam batas berjamaah. Kesemua permasalahan ini berpunca dari tiada satu penjelasan lengkap dikeluarkan.
Idea yang dilontar oleh pimpinan tentulah berpijak dari dasar syarak dan jauh daripada tindakan merugikan parti atau gabungan pakatan Rakyat. PAS tidak akan mengkhianati Pakatan kita, bahkan kita akan perkukuhkan gabungan ini menjadi alternative bagi rakyat. Sebagai ahli parti, kita mesti menerima idea dan gagasan ini dengan baik sangka kepada presiden disamping mengikuti penjelasan daripadanya.
Idea ini dilontar diperingkat awal untuk menjadi bahan renungan semua pihak. Satu lontaran idea dan gagasan besar yang tidak seharusnya berlalu tanpa diadakan wacana ilmiah bagi membincangkannya. Saya suka jelaskan bahawa YB Dato’ Sri Presiden akan membuat dan memperhalusi gagasan ini dalam masa terdekat dan satu wacana kepimpinan akan diadakan.
Namun bagi mengurangkan sedikit polemik yang sengaja dibesarkan oleh media arus perdana, saya suka menggambarkan beberapa prinsip yang ujud dalam gagasan ini. Antara asas utama dalam kerajaan perpaduan ini ialah bertolak kepada firman Allah “ dan bertolong bantulah kamu dalam perkara kebaikan dan taqwa, dan jangan bertolong Bantu dalam perkara dosa dan permusuhan”.
Asas pertama ialah At Taawun
Konsep taawun yang melahirkan muafakat yang disaran oleh Allah menjadi asas dalam pembinaan Negara perpaduan. Kita mesti membina Negara berasaskan kepada al-bir( Kebaikan ) yang meliputi semua elemen kebaikan bagi rakyat.
Kita mesti menyedari pembinaan Negara perpaduan tidak akan lahir dari sistem yang kelam kabut, rasuah dan penyelewengan, pimpinan yang tidak berakhlak, sistem yang penuh dengan kezaliman, dan akta yang digunakan bagi menindas rakyat.
Apakah al-bir dari sistem begini. Kita mesti letakkan asas al-bir ini untuk kepentingan rakyat tanpa mengira bangsa dan agama. Asas ini dittuntut oleh Allah, apakah ada diantara kita yang tidak inginkan kebaikan?
Asas kedua ialah taqwa.
Negara mestilah menjurus ke arah melahirkan pimpinan yang bertaqwa, agar rakyat yang kita urus bukan hanya selamat melalui al-bir ( kebaikan sistem Negara ) tetapi mestilah ujud elemen taqwa.
Pemimpin mestilah bertaqwa kepada Allah. Asas al bir bersifat umum, tetapi asas taqwa bersifat khusus bagi pimpinan yang ingin menerajui kepimpinan Negara perpaduan. Semua parti politik yang pimpinannya terdiri dari mereka yang menerima Allah sebagai Tuhan dan Nabi Muhammad sebagai Rasul hendaklah sedar bahawa kehidupannya tidak berakhir di dunia. Bagaimana kita ingin melahirkan rakyat yang baik, seandainya kita sendiri bergelumang dengan dosa dan maksiat.
Kepimpinan gagal menjadi model bagi rakyat, isteri pimpinan menjadi elemen yang meruntuhkan akhlak dan jati diri bangsa. Hidup tanpa batasan agama dan kawalan wahyu. Negara yang baik lahir dari kepimpinan yang baik, dan taqwa adalah asas bagi semua kebaikan. Rakyat mestilah menyedari betapa Negara kini sangat-sangat memerlukan pemimpin yang bertaqwa bagi memandu Negara.
Kami menawarkan asas yang Allah menyuruh kita berpegang; apakah ada panduan yang lebih baik dari panduan Ilahi?. Apakah parti-parti politik bersedia kearah itu, dan seandainya tidak bersedia apakah alasan dihadapan Allah nanti di akhirat bila Allah meminta kita menjelaskan kenapa dan mengapa.
Asas ketiga ialah menolak al Ism
Kita menyatakan bahawa kita tidak akan berkompromi dalam pembentukan kerajaan ini sabuah kerjasama kearah durhaka kepada Allah. Konsep al-ism yang sangat luas menjadi sempadan pembinaan kerajaan perpaduan. Kita sebagai pimpinan mesti berusaha agar rakyat tidak terdedah kepada dosa dan maksiat.
Kita perlu membina Negara yang soleh melalui pemimpin dan rakyat yang soleh. Kita mesti meletakkan asas utama agar semua elemen yang mendatrangkan dosa bagi rakyat dihapuskan; kerana kebaikan tidak akan lahir dari maksiat dan munkar.
Setelah lebih lima puluh tahun negara merdeka, pelbagai sistem yang mendedahkan dosa dipaksakan ke atas rakyat. Amalan riba yang berterusan, pusat-pusat meksiat diberi ruang yang luas oleh pemerentah, program maksiat mendapat tempat di hati rakyat sehingga lahirlah pelbagai gejala social, jenayah dan penyelewengan.
Akibat Negara yang tidak diasas kepada benteng kawalan yang menjadi syarat utama kebaikan bagi rakyat. Inilah syarat kami bahawa kami tidak akan berkompromi dengan perkara dosa dan durhaka kepada Allah yang diizinkan oleh pemimpin Negara perpaduan. Apa makna perpaduan, kelau untuk durhaka kepada Allah, kerana tiada makna kemajuan dan perpaduan kalau ia dibentuk kea rah maksiat dan dosa.
Asas keempat ialah menolak al U'dwan
Sebagaimana yang dinyatakan oleh Allah ialah kami tidak akan berkerjasama kearah permusuhan. Kita mesti menghentikan sebarang elemen perkauman sempit yang mendorong ujudnya jurang antara kaum di Negara ini.
Kecintaan kepada bangsa sendiri adalah fitrah manusia. Islam tidak menghalang setiap kaum menyintai kaumnya, tetapi Islam menentang tindakan zalim kepada kaum lain. Kerana kaum, bangsa dan warna kulit adalah ketentuan Allah, bukan pilihan manusia.
Kerajaan Perpaduan tidak akan mengizinkan sebarang elemen kearah permusuhan, samada di kalangan kaum melayu, cina, India dan lain-lain. Pertembungan antara dalaman setiap keum akan merugikan Negara.
Kita tidak akan membiarkan permusuhan antara orang melayu sebagaimana kita tidak akan izinkan permusuhan sesama kaum India dan cina. Ini asas kita. Tindakan mengapi-api permusuhan, elemen gensterism dan kongsi gelap, gerakan anti perpaduan serta membiarkan jurang kaya dan miskin melampau, elemen penindasan dan kezaliman golongan kaya berpengaruh ke aras rakyat miskin dan tertindas akan menjurus ke arah permusuhan.
Saya ingin tegaskan bahawa inilah antara beberapa asas dalam kerajaan perpaduan. Andainya ada pihak yang menentangnya, apakah alasan kalau inilah yang digariskan oleh Allah dalam konsep al-taawun.
Berlalunya Muktamar Jasadiyyah dan Bermulanya Muktamar Ruhiyyah
Oleh DATUK TUAN IBRAHIM TUAN MAN
Muktamar PAS ke 55 baru berakhir, kenikmatan berjamaah masih terasa, bagaimana pertemuan para pejuang Islam di satukan sebentar dalam muktamar indah bagi yang tidak pernah menjadi matlamat menyertai PAS. Amanah besar yang sangat ana bimbangi, dan terus terang siang malam ana berdoa agar ana tidak dibebani dengan am,anah besar ini, setelah ana tidak upaya menolak pencalunan yang besar dari perwakilan. Kini ana sering munajat doa sebagaimana yang pernah diungkapkan oleh Saidina Umar “ Ya Allah, Engkau telah bebankan aku dengan bebanan yang berat di dunia, maka ringankanlah bebananku di akhirat.”
Muktamar telah berlalu, kepimpinan telah dipilih. Marilah kita menyatukan saf perjuangan bagi menghadapi musuh kita yang satu. Muktamar nbagi menyatakan pandangan dan kritikan, kita telah lalui, penjelasan dari pimpinan telah pun di buat, mungkin ada yang berpuas hati, dan mungkin ada yang belum berpuas hati dengan jawapan; bahkan pemilihan pun mungkin ada yang sedih dan ada yang gembira. Terkadang penyokong lebih bersedih daripada yang bertanding. Namun Islam mengajar kita agar menerima keputusan dengan dada yang terbuka, jamaah telah buat keputusan. Rasulullah bersabda “ Umatku tidak akan sepakat dalam perkara kesalahan’, dan “ Pertolongan Allah akan dating dengan jamaah”.
Selepas muktamar media masih memainkan isu yang dijangka boleh memecahkan kita, kita harus faham sepak terajang media musush, adalah malang kalau kita yang tahu media musuh, tetapi masih percaya kepada berita yang disebarkan oleh musuh. Seluruh ahli dan pimpinan PAS mesti menjadikan HARAKAH sebagai media rasmi parti. Sebarang isu yang berbangkit, mestilah dirujuk kepada kenyataan rasmi pimpinan dalam harakah. Agar kita tidak terjerumus dalam perangkap yang dimainkan oleh musuh.
Kita punya tanggungjawab sebagai gerakan dakwah bagi menyelamatkan rakyat dari kemurkaan Allah, ruang dakwah menyebabkan kita mesti menarik mereka kepada Islam, kita tidak seharusnya menutupi ruang dakwah ini. Kita mempunyai penyokong yang berjuta orang, tetapi sebahagian mereka hanya menjadi pemerhati kepada perjuangan, kita mesti menarik mereka, agar bersama dalam perjuangan Islam. Kita juga mesti membetulkan system yang berjalan dalam Negara. UMNO mampu mempertahankan kejayaan kerana system yang tidak betul ini ujud. Kita berusaha ke arah tersebut. Namun saya tegaskan bahawqa kikta tidak akan biarkan jamaah kita menjadi kuda tunggangan UMNO/BN. Kita punyai masa depan gemilang dalam Pakatan Rakyat, kita diterima oleh bukan Islam untuk bersama dengan PAS bukan parti lain. Ini keyakinan yang perlu kita bina. Kita mestilah mampu mengambilalih kepimpinan melayu dari UMNO dan membawa mereka kepada landasan Islam. Perjuangan kita bukan sekadar menyelamatkan mereka di dunia, tetapi lebih jauh nasib mereka di akhirat; bilamana mereka bertahun-tahun meredai kemungkaran tajaan UMNO/BN samada secara sedar atau tidak.. Negara dipimpin oleh pimpinan yang korup, kita perlu menggantikan dengan kepimpnan yang soleh dan bertaqwa.
Yakinlah para pimpinan mengenali siapa UMNO lebih dari kita. Pimnpinan kita meyedari tipu helah UMNO dalam perjuangan mereka yang lama dari kita. Adalah malang seandainya ahli merasa ragu-ragu dengan presiden dan Timbalan Presiden. Semua dasar parti di kawal oleh syura, dan semua perkara pokok akan diputus dalam mesyuarat Jawatankuasa Pusat. Andai ada yang cuba membawa jamaah kearah bertentangan, yakinlah mereka tidak akan dapat bertahan lama dalam jamaah, samada jamaah akan meyingkirkannya atau Allah akan mengeluarkan mereka dari jamaah ini-insyaAllah. Berilah keyakinan dan wala’ pada pimpinan, dan awasilah perangkap musuh yang ada dikeliling kita , dan jangan kita menjadi juru cakap musuh dalam jamaah bagi melihat berpecahkan jamaah ini.




























