Felda tindas Peneroka

Cerita Felda menindas peneroka tidak pernah berakhir, terbaru, seorang Peneroka Felda Kota Gelanggi 1, Jerantut, Idris Ali yang saya kenali sejak lebih dari 20 tahun, telah menemui saya dan memaparkan masalahnya.

Beliau merupakan pendokong UMNO dan Felda dan justeru itu kami tidak teragak-agak untuk menyerahkan ladang kami kepada Felda untuk ditanam semula apabila mendapat penerangan daripada Felda bahawa Felda akan menjaga kepentingan peneroka-peneroka yang menanam semula melalui Felda.

Semasa proses tanam semula pada tahun 2001 beliau telah menyerahkan ladangnya kepada Felda untuk dan pada waktu itu mempunyai RM25,000.00 wang yang terkumpul dan pinjam dari Felda RM10,000.00 untuk tanam semula yang diserahkan kepada Felda.

“Semasa kerja-kerja tanam semula itu dijalankan oleh Felda saya diberikan elaun sara hidup permulaannya RM280.00 sebulan, kemudian dinaikkan kepada RM700.00 sebulan, kemudian dinaikkan lagi kepada RM1500.00 sebulan dan akhirnya RM2100.00 sebulan."

“Daripada 2001 hingga Mei 2009, saya tidak membantah atau membangkang walaupun jiran-jiran saya yang menanam secara bersendirian memperolehi pendapatan hingga 2 atau 3 kali ganda dari saya tanpa menanggung hutang. Tetapi pada bulan Mei 2009 telah diadakan mesyuarat antara peneroka dan felda, dan didalam mesyuarat itu saya diberitahu bahawa hutang saya dengan felda telah menjangkau kepada RM86,000.00”.

Menurut Idris beliau tidak faham kenapa hutang saya naik hingga RM86,000.00 sedangkan peneroka-peneroka yang tanam sendiri memperolehi lebih dari RM360,000.00 dalam tempoh 2007-2009 dan mereka tidak menanggung sebarang hutang.

Tambahnya lagi, sepatutnya dengan perkiraan pendapatan sebenar saya tidak lagi menanggung sebarang hutang kerana elaun sara hidup yang diberikan bermula RM280, RM700, RM1500, RM2100 adalah terlalu kecil jika dibandingkan dengan hasil yang dikeluarkan dari ladangnya.

“Jika saya bandingkan pendapatan saya melalui sara hidup yang diberikan oleh Felda yang hanya RM2100.00 dengan pendapatan yang sebenarnya yang saya boleh dapat sebanyak RM5000 hingga RM7000 sebulan, lebihan itu adalah besar sewajarnya hutang saya kepada Felda sudah selesai dan jika tidak selesai pun, sudah sangat berkurangan”.

“Pada bulan Disember 2009 hutang saya dengan Felda sudah naik kepada RM96,000.00 dan dibulan Februari ini mungkin sudah melebihi RM100,000.00. Oleh kerana Felda secara melampau mengenakan hutang kepada saya dan rakan-rakan saya selaku peneroka, hutang yang tidak munasabah, sedangkan rakan-rakan yang menanam sendiri bukan saja berpendapatan lumayan hingga RM7000.00 sebulan tetapi mereka juga tidak berhutang satu sen pun dengan Felda, saya dan rakan-rakan saya mengambil keputusan untuk melepaskan diri kami dari Felda dan mengendalikan ladang-ladang kami secara bersendirian”.

“Pada bulan Disember, saya berpendapatan RM7000.00 dan pada bulan Januari 2010 ini saya berpendapatan menghampiri RM7000.00 juga, jadi dimanakah wang kami selama ini, kenapa hutang-hutang kami naik hingga RM100,000.00, siapakah makan wang kami, dan kenapa hutang kami tidak berkurangan?”, soalnya.

Kini Idris dan 200 lagi peneroka-peneroka lain di Felda Kota Gelanggi 1 bertekad untuk tidak lagi menyerahkan ladang kami kepada Felda, kami telah ditipu oleh Felda. Saya datang menemui Tuan Haji pagi ini mewakili diri saya dan peneroka-peneroka Felda Kota Gelanggi 1 yang majoritinya pada hari ini menolak pengendalian ladang kami oleh Felda, dan kami memohon supaya tindakan undang-undang dilakukan kerana kami yakin pendapatan kami telah diseleweng oleh Felda.

Justeru itu peneroka-peneroka Felda Kota Gelanggi 1, akan bwerkumpul pada 29 Januari ini bagi meluahkan rintihan mereka, selanjutnya mengkaji kes ini untuk ke mahkamah.

Written by SUHAIMI SAID

0 comments: