JERANTUT 10/5/2009 - Semua
Perwakilan Dewan Pemuda PAS Negeri Pahang sebulat suara telah mencalonkan
Ustaz Nasarudin Hassan Tantawi sebagai
Ketua Dewan Pemuda PAS Pusat dalam pemilihan pucuk tertinggi parti itu tidak lama lagi. Manakala itu bagi jawatan
Timbalan Ketua Pemuda pula, Setiausaha Dewan Pemuda PAS Pusat iaitu
Saudara Sabki Yusuf telah menjadi pilihan majoriti perwakilan. Sementara itu bagi jawatan
Naib Ketua pula,
Ustaz Nik Abduh Nik Aziz telah menjadi pilihan perwakilan. Keputusan ini telah dicapai dalam
Muktamar Dewan Pemuda PAS Negeri Pahang kali ke-27 yang telah diadakan pada hari Ahad lalu bertempat di
Kompleks Imam Asy-Syafie, Temin, dekat sini. Dalam muktamar itu juga itu bagi jawatan AJK, perwakilan telah menyerahkan pencalonan kepada pimpinan
Dewan Pemuda PAS Negeri Pahang yang baru dilantik. Exco yang baru dilantik untuk sesi
2009-2011 ialah Pengerusi Tetap
(Ustaz Rosli Jabar), Timbalan
(Hasnan Harun) Ketua Pemuda
(Ustaz Suhaimi Saad), Timbalan Ketua
(Ustaz Shahril Azman Abd Halim), Naib Ketua
(Abdullah Karim). Sementara itu bagi jawatan Ahli Jawatankuasa terdiri daripada
Ustaz Hazmi, Ustaz Mohd Fadhil Nor Abd Karim, Ustaz Fazli Ibrahim, Mutacohiri Ludin, Ustaz Nazri Ahmad, Akmar Alias, Ustaz Jauhari Ishak, Johari Wahid dan Khairul Fath.
Dewan Muslimat PAS Pahang Dapat Ketua Baru
Dewan Muslimat PAS (DMP) Pahang, mendapat Ketua baru, apabila
Salmiyah Mat Noor (Gambar) dipilih menggantikan
Ustazah Azizah Khatib Mat untuk mengetuai Muslimat PAS Pahang bagi sesi 2009/2011. Bagi jawatan Timbalan Ketua, ia disandang
Hamidah Haji Daud, manakala Naib Ketua amanahkan kepada
Ustazah Alawiah Ahmad. Salmiah 45, adalah
Ketua Dewan Muslimat PAS Temerloh, beliau seorang pendidik lepasan
Universiti Malaya sebelum ini adalah Setiausaha Dewan Muslimat PAS Negeri Pahang. Mesyuarat Agong Dewan Muslimat PAS Negeri Pahang kali ke-21 berlangsung di
Kompleks Imam Syafie (KIAS), Kg.Temin, Jerantut dirasmikan anggota Exco kerajaan negeri Selangor,
Dr Halimah Ali.
0 comments:
Catat Ulasan