PAS Kawasan Kuala Krau Lulus Usul Desak Kerajaan Pahang Mewujudkan Majlis Daerah Jengka
Turut diluluskan ialah cadangan supaya PAS pusat meminda perlambagaan PAS Fasa 22, yang melibatkan pertukaran istilah ‘Jawatankuasa Kerja PAS Pusat’ ditukar kepada ‘Majlis Kerja Tertinggi PAS Pusat’. Ini untuk meningkat imej parti sesuai dengan perkembangan semasa PAS dimana perkataan Majlis menggambarkan status jawatan yang lebih besar berbanding istilah jawatankuasa diguna pakai sekarang. Istilah Jawatankuasa mungkin releven dan sesuai digunapakai untuk PAS Kawasan dan cawangan yang lebih rendah tarafnya. Sementara itu dalam perkembangan lain pula PAS Kawasan Paya Besar telah meluluskan usul mendesak kerajaan memansuhkan Felda Plantation Bhd yang menguruskan astet ladang Felda. Usul tergempar itu antara lain mahu Felda kembali kepada matlamat asal penubuhanya yang bukanlah berorentasikan perniagaan tetapi untuk menyusun semula masyarakat dan mengujudkan petani moden yang berjaya. Bagaimanapaun matlamat itu sudah berkubur apabila pengurusan Felda berubah menjadi entiti perniagaan dan Felda Plantations mengambil alih ladang Felda. Akhirnya matlamat penubuhan Felda untuk menyusun masyarakat dikesampingkan dan Felda menjadi ‘ala syarikat Korporat’. Usul berkenaan mendesak kerajaan memansuhkan Felda Plantation dan membuka pengambilan peneroka baru bagi mengisi kawasan bekas ladang Plantation dengan keutamaan diberi kepada generasi kedua dan Ketiga Felda tanpa mengira fahaman politik masing-masing. darigaunghati
Bandar Jengka adalah satu-satunya bandar kebanggaan bumiputera di negara ini. Namun pembangunannya yang agak lembab menjejaskan ekonomi penduduk setempat. Bandar ini masih seperti dulu kelihatan sepi, layu dan kaku terutamanya di sebelah malam. Namun kewujudan UITM telah memberi sinar baru kepada pembangunannya. Biar pun kini namanya telah ditukarkan kepada Bandar Tun Razak Jengka, namun senarionya tetap sama. Bandar ini terus ketinggalan daripada bandar-bandar lain di negeri Pahang ini. Justeru itu, adalah wajar Kerajaan Negeri Pahang mengkaji bagi mewujudkan sebuah majlis tempatan baru di kawasan itu. Ia bakal menjana ekonomi dan pembangunan bandar terbabit dengan lebih cepat lagi. Masih segar dalam ingatan kita bila Jutawan More Jutaria, Samerin Dzulkifli menang RM1 juta dulu. Nama Jengka harum dan tersohor seantero negara, namun kini segalanya tinggal kenangan.
Sumber : PDO
0 comments:
Catat Ulasan