Presiden PAS Mencabar BN Bertanding Di Penanti
BACHOK 25/04/2009 - Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang mencabar BN supaya bertanding pada pilihan raya kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Penanti sambil menyifatkan BN bersikap defensif kerana belum memutuskan sama ada untuk meletakkan calonnya atau tidak pada pilihan raya kecil itu. Katanya, BN kini serba salah untuk berbuat demikian berikutan kemenangan pakatan pembangkang dalam beberapa siri pilihan raya kecil di Permatang Pauh, Bukit Selambau dan di Bukit Gantang. Berdasarkan kemenangan sebelum ini, Abdul Hadi yakin parti pakatan pembangkang boleh menang dengan mudah di Penanti.
0 comments:
Catat Ulasan