Pimpinan Sesi 2009-2011 PAS Kawasan Maran

Chenor 25/04/2009 - Telah berlangsungnya mesyuarat agung Pas Kawasan Maran di surau Kg Lanting, yang menyaksikan Tuan Guru Hj Mohd Baqi bin Othman kekal sebagai YDP kawasan menang tanpa bertanding setelah tiada pencabar untuk menandingi jawatan tersebut. Seterusnya Ustaz Ramli Abdul Rahman yang dipilih oleh majoriti perwakilan untuk menyandang jawatan Timbalan YDP Kawasan Maran yang sebelum ini memegang jawatan Naib YDP dan Jaafar bin Mat Tan yang sebelum ini mengetuai Lajnah Kebajikan dan Kemasyarakatan dipilih Naib YDP Pas Kawasan Maran dengan undi majoriti. Seramai 189 perwakilan dari 31 cawangan Pas Kawasan Maran menghadiri mesyuarat agung kali ini, mesyuarat ditangguh jam 3 petang.

2 comments:

abgBro berkata...

awat ambik gambaq juru jaa..hehe

27 April 2009 pada 5:44 PTG
admin berkata...
Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.