PASTI Asy-Syakireen Felda Kg Awah Naib Johan

Chenor, 26/04/2009 - Pasti Asy-Syakireen Felda Kg Awah mendapat tempat kedua di perlawanan pemilihan atau saringan bola sepak dan bola jaring untuk mewakili PASTI daerah Maran ke peringkat negeri di Kuala Krau 23 mei ini. PASTI asy-Syakireen mendapat naib johan bagi kedua-dua kategori tersebut manakala PASTI al-Barakah dari bandar Maran menjadi johan juga bagi kedua-dua kategori tersebut, pertandingan ini disertai 5 daripada 7 PASTI daerah Maran. Walaupun tidak mendapat johan 5 orang pemain daripada PASTI asy-Syakireen telah terpilih untuk menyertai pasukan PASTI daerah Maran ke peringkat negeri, Muhd Nur Ikram, Muhd Ikhmal, Muhd Hakim, Zulhilmi Hadi dan seorang murid perempuan mewakili bola jaring iaitu Tasnim binti Hamdan.





3 comments:

abgBro berkata...

gambaq pengadil tadak ka? haha

28 April 2009 8:28 PG
admin berkata...

Ada, cume ada masalah ckit nak upload, connecting slow.....

28 April 2009 3:42 PTG
abgBro berkata...

nak laju kena bwk perdana tuu...hahahaa

29 April 2009 9:25 PG