Pendirian PAS Pahang berhubung kes saman RM63 juta ke atas kerajaan negeri Pahang

KES MEMBABITKAN ARAHAN MAHKAMAH TINGGI KUANTAN MENGARAHKAN KERAJAAN PAHANG MEMBAYAR SAMAN BERJUMLAH RM63 JUTA KEPADA SYARIKAT SERUAN GEMILANG MAKMUR SDN BHD


PAS Pahang amat dukacita atas kes yang berlaku dan yakin seluruh rakyat negeri Pahang merasa amat malu kerana kes tersebut menunjukkan kerajaan BN Pahang berada pada tahap pentadbiran dan pengurusan yang amat lemah dan meragukan. Kerajaan BN Pahang terbukti gagal memikul amanah yang diberikan rakyat menyebabkan kerajaan negeri diarah membayar sejumlah wang yang besar RM63juta yang tidak sepatutnya berlaku.

Kerajaan Pahang kini terjerumus ke dalam krisis kewangan yang begitu meruncing setelah mengalami defisit berlanjutan dan angka defisit bagi 2009 sahaja berjumlah RM98.61juta!. Seluruh rakyat Pahang kini amat bimbang dengan kestabilan kewangan kerajaan negeri setelah mengalami defisit sebesar itu ditambah dengan arahan Mahkamah Tinggi Kuantan supaya kerajaan Pahang membayar RM 63juta kepada syarikat pembalakan Seruan Gemilang Makmur Sdn Bhd.

JUSTERU, PAS bersama seluruh rakyat negeri Pahang inginkan penjelasan SEGERA perkara-perkara berikut:

1. Apakah jaminan yang boleh diberikan kerajaan BN Pahang bahawa dengan menuruti perintah mahkamah supaya kerajaan negeri membayar sejumlah wang yang sebesar itu tidak akan menyebabkan kerajaan negeri Pahang menjadi muflis?

2. Kerajaan BN Pahang pimpinan Dato’ Seri Adnan Yaakob MESTI memperjelaskan secara terperinci kepada rakyat apa yang sebenarnya berlaku sehingga menyebabkan perlanggaran kontrak kosensi pembalakan sehingga membolehkan syarikat terbabit berjaya dalam tuntutannya. Malah yang lebih penting ingin diketahui rakyat kenapa projek besar yang asalnya dibuat oleh Umno tetapi YANG DITUNTUT MEMBAYAR SAMANNYA IALAH KERAJAAN NEGERI – MENGGUNAKAN WANG RAKYAT!

3. Kerajaan BN Pahang MESTI menjawab apakah kaedah dan sistem pengagihan kosensi pembalakan yang diamalkan di negeri ini yang kini mendapat gambaran buruk akibat berlakunya kes ini.

PAS Pahang menyeru seluruh rakyat agar prihatin dengan apa yang berlaku yang membuktikan ketidakmampuan kerajaan Umno-BN menggalas amanah rakyat untuk mentadbir negeri ini. Rakyat perlu merubah keadaan dengan bersama rakyat negeri-negeri lain yang telah memilih Pakatan Rakyat (PR) menerajui kerajaan.

Kerajaan PR walaupun baru setahun lebih diberi kesempatan tetapi telah terbukti berkemampuan, cekap dan beramanah. Rakyat negeri Pahang diseru supaya menggunakan kuasa dan hak demokrasi mereka menolak kepimpinan korup Umno-BN dalam pilihan raya akan datang demi menyelamatkan negeri ini dari terjerumus ke dalam situasi yang lebih buruk lagi.

BERUBAH UNTUK KEMENANGAN RAKYAT

Sekian, terima kasih

ROSLAN BIN ZAINAL
Setiausaha Perhubungan

0 comments: