Berita : Akhirnya Karpal Tersungkur


KUANTAN  - [24 april 2009]  Ahli Parlimen Jelutong yang tidak pernah lekang daripada kontroversi, Karpal Singh yang juga Pengerusi DAP tersungkur selepas kerusi roda yang diusung pembantunya hilang imbangan ketika menaiki tangga di Mahkamah Tinggi di sini, hari ini. Keadaan itu menimbulkan sedikit kekecohan kerana keadaan tangga bangunan mahkamah itu yang sempit dan dipenuhi dengan lebih 20 penyokongnya yang mengiringinya ke kamar Mahkamah Tinggi di tingkat satu bangunan itu. 

Karpal yang mengetuai pasukan peguam  mewakili syarikat pembalakan, Seruan Gemilang Makmur Sdn Bhd bagi kes permohonan kerajaan negeri untuk menangguhkan perintah mandamus oleh Mahkamah Tinggi, Isnin lalu, yang mengarahkan Menteri Besar, Datuk Seri Adnan Yaakob membayar RM63 juta kerana melanggar kontrak perjanjian pemberian konsesi pembalakan di Mukim Bebar, Pekan pada pertengahan 2000.

Beliau yang ditemui di mahkamah yang sama berkata, kejadian itu adalah yang pertama kali dialaminya sejak lumpuh empat tahun lalu. Katanya, kejadian itu juga menyebabkan bahagian tulang belakangnya berasa sakit dan beliau akan segera membuat pemeriksaan kesihatan selepas itu.

Dalam kes yang dibicarakan hari ini, mahkamah menetapkan 30 April ini untuk mendengar rayuan Menteri Besar Pahang terhadap kes tersebut. Apapun rakyat Pahang amatlah berharap agar kes ini dapat diselesaikan secara berhemah tanpa melibatkan wang rakyat. Amatlah malang bila kes yang melibatkan UMNO Pahang ini akhirnya terpaksa ditanggung oleh Kerajaan Negeri Pahang kerana ia berkait rapat dengan Menteri Besar itu sendiri. Apapun, jalan penyelesaian kes ini perlu dicari dengan segera tanpa menyusahkan rakyat negeri Pahang ini sendiri hendaknya.

Sumber: PDO

0 comments: