Ayuh ke Qiammulail Malam Esok!!

Kemuliaan diperolehi dengan sembahyang malam
Sahl bin Saad r.a. menerangkan (pada suatu ketika) Jibril
datang menemui Rasulullah sambil mengingatkan beliau,
"Wahai Muhammad, hiduplah semahu mu namun engkau pasti mati.
Berbuatlah (apa sahaja) sekehendak mu, sesungguhnya perbuatan
mu akan dibalas.  Cintailah juga siapa yang engkau mahu,
namun engkau pasti berpisah juga dengannya.  Ketahuilah
bahawa kemuliaan seorang mukmin itu pada sembahyang malam
dan kehormatan (harga) dirinya ialah dengan tidak meminta-
minta pada orang lain."
                                           - ( Riwayat Tabrani )

Dari Ibnu Abbas, "Semulia-mulia umat ku ialah Hamalatul
Al-Quran dan orang-orang yang melazimi sembahyang malam."

Orang yang sembahyang malam ini maksudnya ialah yang beribadah
dengan tahajjud, zikir dan istighfar.  Manakala Hamalatul
Al-Quran pula ialah orang-orang yang hafal Quran, menurut
suruhanNya, mengelak atau meninggalkan laranganNya.  Tidak
membaca Quran ditempat-tempat yang menjatuhkan martabatnya
disamping mereka menunjukkan contoh tauladan yang baik.

Amru bin Utbah pernah mendengar sabda Rasulullah s.a.w. bahawa,
"Masa yang seorang hamba Allah itu paling hampir denganNya ialah
di larut-larut malam.  Maka seandainya engkau mampu untuk ikut
serta menjadi orang yang mengingati Allah ketika itu maka,
jadilah seperti mereka."
                                          - ( Riwayat Tarmizi )

0 comments: