Memastikan Umno terburai di Manek Urai..
Oleh PAS LIPIS
Selepas tewas di Bukit Gantang dan Bukit Selambau, Umno kini dikatakan sedang menyusun strategi baru untuk memenangi hati pengundi di Manek Urai. Mereka sanggup berubah menjadi `khadam’ rakyat. Menerusi slogan `KBSM’ mereka akan muncul bersama rakyat sekiranya ada kenduri (K), bersalin (B), sakit (S) dan mati (M). Kesungguhan mereka meliputi semua waktu samada pagi-petang dan siang-malam.
Ketua Dewan Ulama’ PAS, YB Dato’ Harun Taib mengingatkan petugas PAS/PR supaya tidak berputus harap dalam meraih undi daripada orang-orang Umno. Beliau sempat berkongsi beberapa cerita di Stadium Malawati tempoh hari. Pertama, perihal seorang wanita umno yang tegar. Hidup-mati bersama parti dacing dan keris. Namun, kesungguhan wakil PAS telah berjaya mendapat satu undi dari wanita tersebut dengan hanya melemparkan senyuman sewaktu bertemu di pintu masuk tempat mengundi.
Kedua, perihal seorang pak cik yang boleh dianggap sebagai Umno totok. Hatinya sebiru dacing. Jika ada perayu undi PAS datang ke rumahnya, lantas ditutup pintu. Tak beri peluang ! Namun, ada petugas PAS yang bersungguh. Beliau nampak di hadapan rumah pak cik tersebut terdapat pohon nangka yang sedang berbuah. Masih muda lagi. Datanglah beliau ke rumah pak cik dan memberitahu bahawa dia hendak membeli buah nangka tersebut setelah masak nanti.
Selang seminggu datang lagi. Nangka memang belum masak tapi puji pak cik bahawa baka nangkanya adalah baik. Jangan lupa untuk beritahu bila sudah masak. Beberapa minggu kemudian datang lagi. Kali ini, pak cik dah tak berbulu dengan aktivis PAS. Pintu rumah di buka dan dibuat kopi. Menurut pembawa cerita, sementara menunggu tempoh nangka masak, pak cik telah terbuka hati untuk masuk PAS.
Medan di Manek Urai adalah terbuka kepada bakal YB. Segala ramuan perlu diadun bagi memikat selera pengundi. Misi besar PR ialah memastikan Umno terburai di Manek Urai dengan score card 6 – 0. Insya’allah.
0 comments:
Catat Ulasan