Isu Setempat: Pembinaan Masjid Baru Felda Kg Awah Terbengkalai??


Selama 4 bulan ni sahaja yang mampu dibuat??

Satu lagi projek lembab BN.. Hanya tinggal 7-8 bulan lagi masa untuk siapkan masjid ni, sempat ke?

18/06/2009 - 1.00pm - Felda Kg Awah - Apa dah jadi dengan projek pembinaan masjid baru felda Kg Awah? Dah 4 bulan dari tarikh mula pembinaan tapi lihat sahajalah gambar-gambar yang penulis ambil ni seperti tiada apa yang berlaku. Tarikh jangkaan siapnya ialah pada bulan 2 tahun 2010 tapi kalau keadaannya masih begini saya rasa bulan 2 tahun 2011 pun belum tentu siap.

Semasa saya pergi mengambil gambar ini kawasan pembinaan ini lengang, tanpa kelibat kontraktor dan pekerja-pekerjanya seperti didalam gambar, seperti tapak pembinaan yang telah ditinggalkan. Sedih-sedih..

Mungkin kontraktor ni akan push kerja kuat bila dah nak sampai jangkamasa siap tak taulah kan, kita tunggu dan lihat saja..

Gambar-gambar ini, gambar ini diambil pada 18/06/2009 Jam 12.39pm

0 comments: