Dana Takwa PAS serah manfaat Takaful

ROMPIN: 3 Januari lalu Dana Takwa PAS Pahang sekali lagi menyumbang kepada waris si-mati melalui manfaat Takaful Etiqa.
Kali ini Ramlah binti Adon yang merupakan waris (balu) pencarum Allahyarham Hj.Abas Che Mat menerimanya daripada Timbalan Yang Di-Pertua PAS Kawasan Rompin, Mazlan bin Mohamed Yasin.
Majlis ringkas penyerahan cek bernilai RM6,000 diadakan di rumah Allahyarham di No. 52 Felda Keratong 2. Allahyarham menyertai skim Al-Ansar yang mana selebihnya diinfaqkan kepada : BPPNP RM5,000, PAS Kawasan Rompin RM5,000, dan PAS Cawangan Keratong 2 RM2,000.
Turut hadir ialah Ketua Cawangan PAS, Sdr Abd Rahman.
Dalam pada itu, semasa hayatnya Hj.Abas merupakan seorang aktivis yang sangat dermawan /penyumbang tegar kepada PAS Cawangan dan Kawasan.
0 comments:
Catat Ulasan