Dewan Pemuda Pas Mengutuk Tindakan Pihak Berkuasa China

Oleh Dr Raja Ahmad Al-Hiss

Dewan Pemuda PAS Pusat (DPP Pusat) mengutuk keras tindakan pihak berkuasa China yang mengambil tindakan yang tidak bertamadun dalam meleraikan masalah perselisihan etnik yang melanda rakyatnya di Urumqi, Xinjiang. Angka kematian yang telah mencecah 156 orang dan hamper 800 yang tercedera adalah merupakan satu kesilapan yang perlu ditanggung oleh kerajaan China.

DPP Pusat berharap Pertubuhan bangsa-bangsa Bersatu melalui Setiausaha Agongnya, Ban Ki-Moon segera turun padang dan berbincang dengan Kerajaan China untuk menyelesaikan isu ini. Kerajaan China perlulah bersikap professional dan matang dalam menangani kemelut yang berlaku dan mengiktiraf hak kebebasan bersuara dan memastikan hak rakyat untuk hidup dalam suasana aman dan damai tercapai tanpa sebarang tindakan yang diluar kawalan.

DPP Pusat merasakan punca berlakunya perselisihan ini adalah kerana sikap berat sebelah Kerajaan China terhadapa umat Islam si Xinjiang. Oleh itu DPP Pusat juga ingin mengingatkan kerajaan China bahawa hak untuk beragama adalah dijamin oleh dunia melalui piagam yang telah di akui bersama pada 1946. Tindakan kerajaan China sebelum ini yang menutup beberapa institusi bersifat keagamaan seperti Perubuhan Sufism yang telah lama bertapak di di Xinjiang adalah satu manifestasi kegagalan Kerajaan China dalam pemerintahannya. Situasi dimana kanak-kanak islam dibawah umur 18 tahun tidak dibenarkan solat di masjid adalah contoh tindakan kerajaan China yang menafikan hak rakyatnya dalam beragama dan mengamalkan agama mereka.

Oleh itu, DPP Pusat mendesak Kerajaan China untuk membebaskan segera tahanan-tahanan di Xinjiang seramai 1,434 orang disamping mereka perlulah diberi pengadilan yang seadilnya. DPP Pusat juga mendesak Setiausaha Agung PBB agak menggantung keahlian China di Pertubuhan bangsa-bangsa Bersatu selagi mana Kerajaan China tidak membebaskan tahanan-tahanan yang di tahan disamping menjanjikan pengadilan yang sewajarnya kepada rakyat dan umat Islam di Xinjiang.

DPP Pusat juga mendesak Kerajaan Malaysia agar menggantung segala urusan rasmi dengan Kerajaan China selagi kes pembunuhan umat Islam di Xinjiang tidak selesai secara holistic.

DR RAJA AHMAD AL-HISS
Pengerusi,
Lajnah Antarabangsa,
Dewan Pemuda PAS Pusat.

0 comments: