Tiada politik wang dalam PAS - Presiden PAS

PAS menafikan wujud amalan politik wang dalam parti itu selepas jawatankuasa hariannya mendengar penjelasan ketua Dewan Ulama, Datuk Mohammad Daud dalam mesyuarat pagi ini.

"Sebarang usaha untuk menembuskan bantera PAS melalui politik kotor terbukti selama ini telah gagal. Kita yakin PAS tidak akan dapat ditembusi dengan amalan politik wang," kata presidennya Datuk Seri Abdul Hadi Awang. 

Mesyuarat dewan harian juga mengambil laporan daripada ketua Dewan Muslimat PAS Nuridah Mohd Salleh, pengarah pilihanraya parti Datuk Mustafa Ali dan beberapa pemimpin kanan.

"Setelah kita mengumpulkan maklumat dari semua negeri kita dapati tidak ada amalan politik wang dalam PAS," kata Abdul Hadi lagi dalam satu kenyataan.

-Malaysia Kini-


0 comments: