Speaker Sah Perak Berceramah Di Kuantan Malam ini
KUANTAN -Speaker "kontroversi" di Dewan Undangan Negeri Perak, V.Sivakumar dijangka akan mengadakan satu ceramah umum di Markas PAS (Pasti Al-Huda), Taman Tas dekat sini pada jam 9.00 malam ini. Inilah kehadiran beliau yang pertama kalinya ke Kuantan sejak kemelut politik Perak itu melanda Tambah menarik Sivakumar dijangka akan menceritakan "detik-detik cemas" ketika beliau diheret keluar dari dewan dalam kes"rampasan kuasa Speaker 7 Mei" lalu. Turut akan berceramah malam ini ialah Yang Dipertua PAS Paya Besar, Ustaz Yusof Embong dan Timbalan Ketua Dewan Pemuda PAS Pusat, Ustaz Nasaruddin Hassan Tantawi. Orang adalah dijemput hadir.
0 comments:
Catat Ulasan