Persatuan Anak Peneroka Felda (ANAK) Akan Adakan Seminar Peringkat Kebangsaan Di Johor

Persatuan Anak Peneroka Felda (ANAK) akan mengadakan Seminar ANAK Peringkat Kebangsaan pada hari Ahad, 3 Mei 2009 ini. Seminar sehari bermula jam 9.00 pagi hingga 5.00 petang itu akan diadakan di Dewan Cina, Kg.Abdullah, Segamat Johor. Perasmian akan dilakukan oleh YB Dato' Ir.Amiruddin Hamzah,Ahli Exco Kerajaan Negeri Kedah. Manakala itu pembentangan kertas kerja pula akan dibuat olehTn.Hj Suhaimi Said, Peguambela dan peguamcara serta aktivis masyarakat yang cukup terkenal dikalangan peneroka Felda.
Beliau akan membentangkan kertas kerja bertajuk "Status Peneroka Di Bawah Akta GSA 1960, Implikasi Dan Masa Depan". Sementara itu, pembentangan kertas kerja kedua pula akan dibuat oleh Bekas Pegawai Kanan MPOB iaitu Encik Razali Ithnin. Beliau akan mengupas tajuk"Prosedur Permohonan Lesen MPOB Dan Formula Penetapan Harga Tanda Segar (BTS)". Turut akan diadakan ialah sessi dialog tentang isu-isu semasa masyarakat Felda. Suara dan pandangan peserta akan diungkapkan dalam satu memorandum dan resolusi yang akan dihantar kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak dan juga Pengerusi Felda, Tan Sri Yusof Noor.
Dijangka seramai 500 orang peserta anak-anak Felda dari seluruh negara akan hadir dalam program itu nanti. Yuran penyertaan bagi menyertai seminar ini ialah sebanyak RM10sahaja. Sebarang pertanyaan sila hubungi Setiausaha Kehormat dan Urusetia Persatuan Anak Peneroka Felda (ANAK) Saudara Zabidie Abas, ditalian 019-7654699.

Sumber: http://pahangdaily.blogspot.com/
0 comments:
Catat Ulasan