Bulan Infak PAS Pahang : RM15,000 dikutip pada pelancaran

Lebih RM15,000 dikutip sebaik sahaja Bulan Infak PAS Pahang dilancarkan pada 26 April.

Menurut Setiausaha program berkenaan, RM7,000 dikutip secara spontan semasa pelancaran manakala bakinya melalui sumbangan pada program Tahlil Perdana.

Bulan Infak PAS Pahang ditetapkan sepanjang bulan Mei setiap tahun bagi menampung kos operasi PAS negeri ini dan mula dilancarkan semalam. Untuk kali ini, sasaran kutipan ialah RM300,000. Antara aktiviti program ini ialah road-show dan ceramah ke seluruh kawasan dalam negeri ini. Kupon derma juga akan diedar melalui kawasan masing-masing dan agen seluruh negara.

Naib Presiden PAS yang juga exco kanan Kerajaan Negeri Kelantan diberi penghormatan merasmikan majlis pelancaran berkenaan di tapak kompleks PAS Pahang, Simpang Empat Kerdau, Temerloh.

Program bermula dengan jamuan rakyat sempena kesyukuran kemenangan Pakatan Rakyat dalam pilihan raya kecil di Bukit Gantang dan Bukit Selambau 7 April lalu.

Selepas itu, majlis Tahlil Perdana pula diadakan iaitu selepas Solat Maghrib.

Pesuruhjaya PAS Pahang Datuk Tuan Ibrtahim Tuan Man memulakan majlis dengan ucapan alu-aluannya, dikuti tayangan multi media melalui pancaran LCD sebagai tanda pelancaran Bulan Infak PAS Pahang. Ia disaksikan lebih 4,000 pengunjung.

Setiausaha Dewan Undangan Negerti Perak, Ustaz Misbahul Munir kemudiannya berceramah. Diikuti pula ceramah oleh Ketua Penerangan PKR Pusat yang juga Ahli Parlimen Batu, Tian Chua.

Kemuncaknya ialah pidato oleh Husam yang berucap sehingga jam 12 tengah malam.

Turut hadir ialah Adun Tras Choong Siew Onn, pemimpin PKR negeri iaitu Ahmad Nizam Hamid dan Suhaimi Said serta pimpinan PAS segenap peringkat.

Sumber SDO

0 comments: