36,000 Ahli UMNO Di Kesan Belum Daftar Sebagai Pengundi, Soalnya Kini Benarkah Mereka Itu Semua Masih Sokong Parti Karat Itu !


TEMERLOH, 18 Jan [8.25 pm] - Kenyataan yang dibuat oleh Timbalan Pengerusi Perhubungan UMNO Pahang, Datuk Mohd. Sharkar Shamsuddin bahawa seramai36,000 ahli UMNO yang layak mengundi di negeri ini dikesan masih belum mendaftar denganSuruhanjaya Pilihan Raya (SPR) sebagai pemilih sebenarnya tidaklah menggemparkan. Biarpun fenomena itu dianggap serius oleh beliau dan ia boleh memberi kesan kepada Barisan Nasional (BN) dan UMNO pada pilihan raya akan datang. Sebenarnya, Sharkar tidak perlu untuk merasa bimbang dengan senario ini, kerana mereka yang berjumlah 36,000 itu adalah ahli-ahli UMNO yang sudah"murtad" dan memang telah meninggalkan UMNO sebenarnya. Malah, mereka dipercayai telah berbondong-bondong menyertai Pakatan Rakyat terutamanya PKR atau PAS. Perkara itu mungkin tidak disedari oleh puak-puak UMNO Pahang kerana mereka menyerahkan bulat-bulat kepada pemimpin bawahan untuk membuat tindakan bagi pihak mereka. Hasilnya, ramai ahli-ahli UMNO yang sudah lama "keluar parti" masih didaftarkan aktif dalam UMNO. Antara mereka ramai yang sudah bergiat cergas dalam Pakatan Rakyat terutamanya menjadi pemimpin. UMNO negeri tidak peka dalam hal ini, kerana mereka asyik sibuk memikirkan projek pembangunan yang diwar-warkan selama ini. Sebenarnya projek itu hanyalah syarat untuk mereka mengaut untung daripada komisyen yang ditawarkan oleh kontraktor-kontraktor. Ramai dikalangan ahli UMNO yang sudah lama keluar dari parti itu masih tersenarai sebagai ahli UMNO yang sah. Malah, lebih aneh lagi ada pula pihak-pihak tyertentu yang membayar yuran keahlian mereka setiap tahun. Ini membuktikan bahawa UMNO sebenarnya sudah tidak mempunyai ramai ahli dan penyokong lagi. Majoriti dikalangan mereka sudah muak dan menganggap parti itu kini tidak relevan lagi.

Pemimpin yang ada dalam UMNO sekarang lebih pandai berkata-kata untuk kuasa mereka. Sebaliknya mereka banyak berdusta dalam tindakan itu sendiri. Ini banyak dibuktikan oleh rakyat yang sudah terkena badi pemimpin terbabit. Oleh itu Sharkar tidak perlu risau dengan jumlah 36,000 ahli UMNO yang belum berdaftar sebagai pengundi itu sebenarnya. REamai lagi ahli UMNO yang sudah berdaftar itu sendiri pun kini tidak lagi mahu memangkah BN dalam pilihanraya umum akan datang. Mereka kini menganggap UMNO pada bila-bila masa sahaja akan dikhuburkan oleh rakyat. Bila riwayat UMNO tamat, maka mereka yang masih berada dalam parti itu bakal hilang tempat untuk bergantung lagi. Maka, adalah lebih elok ahli-ahli UMNO itu sendiri bertindak keluar parti dan bersama Pakatan Rakyat untuk membela nasib serta masa depan mereka yang sebenar-benarnya. Itulah yang lebih utama buat masa ini].

Sumber Pahang Daily

0 comments: